Saturday 5 November 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 14)



Setelah geng PTI mengambil blok masing-masing, atas PTI tersebut untuk buat apa kat blok yang dipilih.  Selalunya makanan harian kami adalah side roll dan sewaktu dengannya.  Masa ni la segala ilmu mendera dipraktikkan sepenuhnya oleh PTI.  Semua perbuatan tersebut bagi kami adalah untuk kebaikkan.  Tiada sifat dendam atau sebagainya.  Muntah hijau diakui terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam perut dan untuk kami sentiasa fit!

Pukul 8 pagi tugas PTI akan habis.  Kami dilepaskan balik ke blok semula untuk bersiap membuat latihan kawad kami pula.  Balik bilik lepas mandi dan cuci baju loreng, aku bersiap untuk berbaris bersama blok utama aku iaitu blok 67 bravo.  Pakaian kami pagi tu adalah pakaian No 4 iaitu baju lengan panjang dan seluar biru.  Dalam TUDM, pakaian tu adalah pakaian medan menggantikan pakaian loreng.  Loreng hanya digunakan oleh Paskau dan geng Starburst sahaja.  Pasukan selebihnya akan menggunakan baju No 4 ini untuk latihan medan, duty malam dan berkawad.

Baju tersebut digandingkan dengan kasut kawad kulit hitam serta ada ‘engklet’ (kain berwarna putih di bahagian buku lali).  Tak lupa juga tali pinggang hitam yang ada petak besi berkilat di kepalanya berlambangkan burung ababil, burung rasmi TUDM.  Pukul 9 kami mula berbaris dan menuju di padang kawad.  Masa ni jurulatih kawad kami dah mula menunggu.  Beliau seterusnya akan mengajar kami apa itu jenis Kawad Kaki dan Kawad Senjata M-16 serta AUG Styer. 

No comments:

Post a Comment