Thursday 2 February 2012

Salam February.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.


Cukup lama aku tak update citer2 ni.  Rasanya lepas raya haji tahun lepas, aku stop.  Serius, aku sibuk sangat sampai ke hari ni.  Ada sikit masa aku cuba luangkan.  Salah satu sebab utama aku tak update, semua cerita aku pasal rekrut aku save dalam PC...Last-last benda tu kena virus, kena balik format...adeh, semua hangus!!!


InsyaAllah, ada masa kita bertemu lagi...maaf dan ampun kiranya ada yg terasa.

Sunday 6 November 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 16)


Malas aku nak ulang cerita.  Secara detailnya, rutin harian aku yang diulang saban hari adalah seperti berikut:

Semasa Hari Berkerja.

0500       -              Mula mengambil senjata M16 di stor senjata (AMRA) sekiranya ada latihan kawad perang, jalan lasak, merempuh halangan dan lain-lain.

0600       -              Bersiap untuk menunaikan sembahyang subuh dengan berpakaian half loreng.

0630       -              Bersiap berbaris di Padang Kawad A untuk dilatih oleh PTI.

0800       -              Senaman pagi oleh PTI tamat.

0900       -              Bersiap pula ke Padang Kawad A untuk belajar berkawad atau menghadiri kelas senjata/ilmu medan perang di bawah pokok kelolaan jurulatih.

1230       -              Pelepasan untuk bersembahyang zohor dan bersiap ke mes untuk makan tengahari.

1500       -              Sesi roll call di padang roll call.  Menerima arahan dan maklumat terkini daripada jurulatih dari masa ke semasa.  Selalunya kami akan membuat fitik membersihkan kawasan atau apa-apa keperluan dari cawangan lain seperti stor senjata, HQ, Bomba dan lain-lain.  Sembahyang Asar dilakukan bila masuk waktu tetapi secara individu, bukan terpaksa berbaris.

1830       -              Semua berbaris dengan berpakaian kebangsaan lengkap di hadapan blok aku untuk bersiap ke mes makan petang dan seterusnya ke surau untuk sembahyang maghrib dan isyak.  Setiap malam kelas dan kuliah agama akan disampaikan oleh jurulatih.

2200       -              Berbaris untuk roll call malam dengan berpakaian planters orders.  Di sini adalah waktu hiburan untuk jurulatih.  Kadangkala ada sesi show prade di mana blok yang melakukan kesalahan pada siang hari akan mendapat habuan malam ni.  Kebanyakan sesi show prade maha azab dari seksaan fizikal geng PTI.

0200       -              Waktu begini kebiasaannya para rekrut akan pulang semula ke blok untuk tidur.  Dan seterusnya benda yang sama akan berulang semula esok hari.

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.

Ini adalah hari bahagia.  Selalunya kami akan diberi pelepasan untuk keluar (outing) dari kem (hari Ahad sahaja dan setelah genap 3 bulan trainning).  Dengan berpakaian planters lengkap, budak kepala botak akan menguasai Bandar Ipoh…hehehehe..Masa ni la boleh berhibur, snooker, mengorat, malah ada yang massage..hehehehe..

Aku akan cuba upload gambar dan tampalkan kat sini.  Cuma agak mengambil masa sebab semua gambar perlu di scan.

Sekian, jumpa lagi di lain hari. 

Saturday 5 November 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 15)


Hari ni hari Raya Haji (Raya Haji Tahun 2000 dulu)….atau nama saintifiknya AidilAdha…Masa ni dah masuk bulan kedua kami dilanyak.  Badan dah hitam legam.  Muscle dah mula naik..dah bole nampak otot perut aku berpetak-petak buat pertama kali dalam hidup..hehehehe…Pagi ni kami takder apa-apa aktiviti..Ramai jurulatih balik kampong beraya.  Di subuh yang hening, kami bersembahyang dan melaungkan takbir raya.  Syahdu…pertama kalinya aku beraya berjauhan dari keluarga.  Bila kenangkan saat ni, memang bergenang air mata.  Lepas subuh tu, kami balik ke blok.  Persiapkan diri untuk majlis sambutan hari raya yang akan diadakan di padang kawad depan HQ.  Pukul 8 lebih, kami ke surau semula.  Sembahyang Hari Raya berjemaah bersama.  Lepas sembahyang, ada aktiviti korban.  Seekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada staf-staf Ipoh yang berkahwin…Yer la..nak bagi orang bujang nak boleh buat apa? Hehehehe…

Memang sedap betul la makan kat bawah khemah ni.  Pertama kalinya aku dapat meneguk semula air sirap limau ais…setelah 2 bulan berpuasa.  Untuk makluman, sepanjang latihan ada benda yang diharamkan untuk dibuat dan dijamah.  Berebut2 kami minum.  Macam org kebulur..Tapi memang pun..hahahahaha…Makanan yang dihidangkan amatlah pengubat rindu!!!

Harini juga kami tak melalui aktiviti senaman pagi.  Memang lain enaknya.  Hepi sebab tak dilanyak..namun tekaan aku bahawa esok adalah hari pembalasan adalah benar..hehehehehe

Majlis habis dalam pukul 11 pagi.  Kami semua balik ke blok.  Boleh rehat2..melepak sambil prepair baju, kilat kasut dan sebagainya.  JLB harini adalah Sjn Balen.  Seorang PTI berketurunan India yang agak gila2 sikit.  Masuk time petang, entah kenapa kami tidak dipanggil macam biasa.  Hanya squad leader blok saja yang dipanggil dan diarahkan oleh JLB untuk cari rekrut di blok masing2 untuk buat fitik membersihkan padang kawad dan meruntuhkan khemah tadi.  Wah, hari yang mulia ni rupa-rupanya amat dihormati oleh JLB…Bestnyer kalau raya hari-hari..hehehehe..

Masuk malam, lepas isyak, kami roll call.  Pakaian macam biasa dengan planters orders.  Dibariskan dan terpacak kat padang tu sampai pukul 2 pagi.  Malam ni ada acara merapu-rapu bagi menghilangkan kebosanan JLB.  Untuk acara kemuncak, kami diarahkan change parade (menukar pakaian) dengan berpakaian baju loreng.  Dalam masa 5 minit semua patut dah sampai di padang roll call.  Ada pulak kumpulan blok yang lambat.  Apa lagi, Sjn Balen dengan berang mengarahkan kumpulan tu balik semula dan bawa tilam ke padang roll call sekali..Kekekekeke..best…

Disebabkan sehari kami telah berehat, malam tu kami eksesais…pecahkan kembali lemak2 kari daging siang tadi.  Best..best..aku memang dah agak, mesti apa sekalipun akan kena gak..hahahaha..

Akhirnya penantian kami utk acara roll call berakhir.  Pukul 2 pagi tu kami diarahkan balik blok.  Tiada sebarang pergerakan dan lampu mesti padam semuanya.  Sampai bilik, aku mula menghadap nasi lemak yang aku order siang tadi.  Sebagai makluman, ada jurulatih kami mencari side income menjual nasi lemak kepada rekrut.  Bagus cara ni, janji rezeki halal.  Kami nak mengadap masakan di mes memang dah muak.

Baru je dua suap…aku ulang dan masih aku ingat..DUA SUAP dan tengah berkunyah, siren berbunyi sekali lagi menandakan acara roll call akan dilakukan semula.  Arahan JLB.

Memang celaka kau Balen!!!  Aku nak mengadap rezeki ni!!! Memang sial dan celaka!!! Memang aku betul2 bengang dan pantang aku mcm tuuu!!!

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 14)



Setelah geng PTI mengambil blok masing-masing, atas PTI tersebut untuk buat apa kat blok yang dipilih.  Selalunya makanan harian kami adalah side roll dan sewaktu dengannya.  Masa ni la segala ilmu mendera dipraktikkan sepenuhnya oleh PTI.  Semua perbuatan tersebut bagi kami adalah untuk kebaikkan.  Tiada sifat dendam atau sebagainya.  Muntah hijau diakui terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam perut dan untuk kami sentiasa fit!

Pukul 8 pagi tugas PTI akan habis.  Kami dilepaskan balik ke blok semula untuk bersiap membuat latihan kawad kami pula.  Balik bilik lepas mandi dan cuci baju loreng, aku bersiap untuk berbaris bersama blok utama aku iaitu blok 67 bravo.  Pakaian kami pagi tu adalah pakaian No 4 iaitu baju lengan panjang dan seluar biru.  Dalam TUDM, pakaian tu adalah pakaian medan menggantikan pakaian loreng.  Loreng hanya digunakan oleh Paskau dan geng Starburst sahaja.  Pasukan selebihnya akan menggunakan baju No 4 ini untuk latihan medan, duty malam dan berkawad.

Baju tersebut digandingkan dengan kasut kawad kulit hitam serta ada ‘engklet’ (kain berwarna putih di bahagian buku lali).  Tak lupa juga tali pinggang hitam yang ada petak besi berkilat di kepalanya berlambangkan burung ababil, burung rasmi TUDM.  Pukul 9 kami mula berbaris dan menuju di padang kawad.  Masa ni jurulatih kawad kami dah mula menunggu.  Beliau seterusnya akan mengajar kami apa itu jenis Kawad Kaki dan Kawad Senjata M-16 serta AUG Styer. 

Alasan aku harap dimaafkan


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Maafkan aku sbb lambat update, seperti kata orang kalau nak sampai cerita, hati kena tenang, rileks, mood kena ok…otak kena fresh..Kesibukan aku sejak dua menjak ni memang terasa, aku sibuk siapkan borang penilaian prestasi tahunan anak buah.  Mana lagi nak jaga bos punya borang, nak kena sign pengarah dan panglima bagai...Kena pulak aku manage jemputan dan setup majlis makan malam utk Ahli Lembaga opis aku…Pastu aku organize pulak trip memancing ke kelong di Lukut bersama ipar duai dan biras.  Sebulan aku prepair…siap kaji ramalan cuaca dan keadaan ombak bagai…Aku setkan tarikh bersamaan Kalendar Islam..Namun, rezeki dalam air ni susah mau cakap la..kalau Allah nak bagi sekejap jer..hehehhee..dan dalam trip tu, dapat gak la aku sekor ikan Telinga Gajah

Sibuk..sibuk dan memang sibuk…Aku dah sediakan skrip cerita ni kat komputer opis…kebetulan masa nak publish dalam blog, komputer aku tu diserang virus dan terus jem.  Tak sempat nak recovery..Tu menambahkan ‘alasan’ aku utk nak sepikan seketika blog aku ni…hehehehehe…sorry…

Balik umah, aku tak berkesempatan nak mengadap laptop utk karang cerita pulak.  Yer la..anak-anak pulak dok kacau ajak aku perang boboiboy dan otomen taro…Yang sempat aku on, aku buka fb, carigold dan yahoo mail jer…Oh ya, sesapa nak jadi friend aku, bole request melalui fb aku (Norizan Bin Nordin)…gambor aku sedang memeluk wife tercinta di muka buku tu..hehehehe..

Oh ya, aku sekarang kat kampung aku di Felda…wah…laju sungguh selkom berukben aku ni macam pakai streamyx!!!  Klik jer ada..klik jer terbuka..kalau kat KL, huh, hampeh!!!  Oleh kerana hati ada sikit senang…Japgi aku persembahkan satu citer bersempena hari raya Aidiladha ni kenangan semasa aku di Ipoh….Kejap yer..hehehe

Thursday 13 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 13)

Lupa lagi nak bagitau.  Arwah ni kami panggil dia ustaz.  Gelaran tu aku yang bagi mula-mula sehingga dikenali dan melekat hinggalah dia meninggal.  Semasa di padang roll call tu jurulatih nyamuk mula la nak buat sesi macam-macam.  Suai kenal, lawak bangang dan apa-apa saja yang boleh menghilangkan boring diaorang.  Kami kat dalam baris ni lagi la boring.  Mata memang mengantuk.  Nak tidur tak boleh sebab berdiri.  Badan yang penat tadi masih belum hilang.  Akhirnya kami disuraikan pada pukul 1 pagi.  Mengikut jadual hari kedua kami sebagai rekrut, pukul 6.30 pagi keesokannya kami akan mula membuat PT Pagi.  Selepas itu ada pula latihan kawad kaki.

Pukul 5.30 kami dah mula bangun, pergi mandi dan bersiap ke mes untuk makan.  Selepas makan, ke surau untuk solat subuh.  Selesai solat kami bersiap untuk ke padang kawad A dengan berpakaian half loreng.  Di sana adalah makanan pagi bagi geng-geng Physical Training Instructor (PTI).  Rama yang digeruni dah mula menanti.  Di padang tersebut kami semua akan memanaskan badan dengan latihan-latihan ringan yang akan jadi berat juga kalau dah kena lompat bintang (jumping jack) 10 kiraan satu sebanyak 20 kali…latihann mula!...Bila pulak masa berhenti tak serentak, kena ulang balik.  Sepanjang ingatan 6 bulan tu, rasanya aku dah buat berbelas ribu kali kat STU ni…huhuhu…

Selepas badan dah panas, para PTI akan mula memilih mengambil blok yang disukai.  Kalau tak bernasib baik dapat kat Rama memang makan tak habis.  Seksaannya semua kategori A.  Rama ni pulak suka ambil blok yang berbaris di belakang-belakang.  Kelebihan duduk bahagian belakang ni senang nak mengencing sebab pagi-pagi yang baru nak cerah tu mata PTI agak rabun ayam..hehehehe.  So, blok mana yang lambat melapor pagi tu memang la dalam ketakutan.  Hari kedua tu, ada juga rekrut yang keras kepala.  Nak melawan konon, tapi geng-geng PTI dengan segera mematahkan cubaan menderhaka tu dengan mengecop tapak kasut saiz 12 (Rama punyer kasut saiz ni..hehehehe)…

Hukuman tersebut sengaja dilakukan di hadapan kami sebagai pengajaran.  Memang banyak kes body touching, tapi kami relakan demi semangat untuk menghabiskan latihan.  Yang paling pelik dan musykil, sesamseng-samseng rekrut tu masa awam dulu, tak pernah pun bertumbuk dengan jurulatih.  Entah kenapa la…sorang pun tak berani nak ajak bertumbuk..hehehhe..Mungkin kat STU ni dah dipagari segala ilmu ni…pendapat ikhlas aku la…

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 12)

Petang lepas makan kami ke surau.  Sebelum azan maghrib berkumandang, aku perhatikan ramai dah terbungkang.  Penat tengahari tadi masih belum hilang.  Seksanya hanya tuhan saja tahu.  Kesan dari sesi orentasi tadi sudah mula menunjukkan belangnya.  Habis segala otot tulang penyambung kat seluruh badan aku sakit.  Nak lipat kaki pun rasa macam dicucuk jarum peniti.  Ah, aku angkat buat sawit kat Felda dulu pun tak rasa perit macam ni.  Setakat beban 20 kilo setandan tu aku bole lagi.  Tapi kat STU ni rasa lain macam kudrat aku.  Rasa perit kat muka akibat dijemur tadi pun belum mahu hilang.

Selepas Isyak, kami balik ke bilik semula.  Perjalanan kami walaupun dekat atau jauh mesti dalam berkumpulan dan berkeadaan berkawad.  Kami dimaklumkan roll call akan diadakan semula pukul 10 malam di tempat yang sama tetapi dengan berpakaian planters orders iaitu baju kemeja putih lengan panjang, bertali leher hitam, seluar slack hitam dan kasut potong (kasut kulit hitam bertali).  Sampai di bilik aku mula memasak air untuk bekalan air sejuk.  Kami hanya mampu bersembang dan membuat lawak sesame sendiri kerana pada ketika itu langsung tiada sebarang hiburan atau sumber berita yang kami boleh terima.  Sebagai makluman, tiga bulan kami di sana dalam keadaan buta berita baik dari segi radio atau surat khabar.  Nak telefon mak bapak pun kena curi-curi.  Dari segi apa yang aku perhatikan, rekrut sekarang sudah banyak keselesaan.  Bilik pun dah duduk berdua.  Zaman tu lagi mana la mampu nak beli henset…sim pack pun berharga ratusan ringgit sekeping.  Tak macam sekarang.  RM 5 jer dah boleh dapat!  Cilakak betul…Sampai sekarang aku tak halalkan duit aku yg pernah terbeli sim pack berharga RM250.  Huh..kena tipu kaw-kaw masa tahun 2000 dulu…kekekekekekeke.

Tepat jam 10 malam siren berbunyi.  Kami berbaris di padang roll call.  Selesai saja upacara melapor kekuatan blok, jurulatih-jurulatih nyamuk dah mula datang.  Ramai pulak berkumpul malam ni.  Buat apa la duduk sini ramai-ramai, kat rumah kan bagus boleh main ngan anak bini.  Bagi mereda atau menyejukkan para jurulatih, blok utama aku iaitu blok 67 telah melantik seorang tukang bancuh air.  Kat sini aku nak dedikasikan sedikit memori untuk beliau.  Beliau kini telah arwah setelah pesawat Nuri yang dinaikinya terhempas di Genting Sempah beberapa tahun lalu.  Kesemua jenazah dijumpai dalam keadaan yang amat menyayat hati di mana semuanya telah kembung dan dimakan ulat.  Untuk pembaca blog ini yang beragama Islam, marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-fatihah untuk Allahyarham Reduan dan semua mangsa yang terlibat dalam tragedy tersebut.  Al-Fatihah.

Arwah seorang yang baik.  Aku mula kenal beliau semasa proses temuduga akhir dua minggu dulu.  Kami satu blok iaitu blok 57.  Arwah juga seorang yang taat pada agama.  Semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan semua mangsa - amin.  Ok.  Arwah adalah seorang pembancuh air kopi terbaik pernah dihasilkan oleh skot kami..huhuhu…Sepanjang tugas beliau di STU, banyak jurulatih dating hanya nak minum kopi…Kekekekeke….