Sunday 6 November 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 16)


Malas aku nak ulang cerita.  Secara detailnya, rutin harian aku yang diulang saban hari adalah seperti berikut:

Semasa Hari Berkerja.

0500       -              Mula mengambil senjata M16 di stor senjata (AMRA) sekiranya ada latihan kawad perang, jalan lasak, merempuh halangan dan lain-lain.

0600       -              Bersiap untuk menunaikan sembahyang subuh dengan berpakaian half loreng.

0630       -              Bersiap berbaris di Padang Kawad A untuk dilatih oleh PTI.

0800       -              Senaman pagi oleh PTI tamat.

0900       -              Bersiap pula ke Padang Kawad A untuk belajar berkawad atau menghadiri kelas senjata/ilmu medan perang di bawah pokok kelolaan jurulatih.

1230       -              Pelepasan untuk bersembahyang zohor dan bersiap ke mes untuk makan tengahari.

1500       -              Sesi roll call di padang roll call.  Menerima arahan dan maklumat terkini daripada jurulatih dari masa ke semasa.  Selalunya kami akan membuat fitik membersihkan kawasan atau apa-apa keperluan dari cawangan lain seperti stor senjata, HQ, Bomba dan lain-lain.  Sembahyang Asar dilakukan bila masuk waktu tetapi secara individu, bukan terpaksa berbaris.

1830       -              Semua berbaris dengan berpakaian kebangsaan lengkap di hadapan blok aku untuk bersiap ke mes makan petang dan seterusnya ke surau untuk sembahyang maghrib dan isyak.  Setiap malam kelas dan kuliah agama akan disampaikan oleh jurulatih.

2200       -              Berbaris untuk roll call malam dengan berpakaian planters orders.  Di sini adalah waktu hiburan untuk jurulatih.  Kadangkala ada sesi show prade di mana blok yang melakukan kesalahan pada siang hari akan mendapat habuan malam ni.  Kebanyakan sesi show prade maha azab dari seksaan fizikal geng PTI.

0200       -              Waktu begini kebiasaannya para rekrut akan pulang semula ke blok untuk tidur.  Dan seterusnya benda yang sama akan berulang semula esok hari.

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.

Ini adalah hari bahagia.  Selalunya kami akan diberi pelepasan untuk keluar (outing) dari kem (hari Ahad sahaja dan setelah genap 3 bulan trainning).  Dengan berpakaian planters lengkap, budak kepala botak akan menguasai Bandar Ipoh…hehehehe..Masa ni la boleh berhibur, snooker, mengorat, malah ada yang massage..hehehehe..

Aku akan cuba upload gambar dan tampalkan kat sini.  Cuma agak mengambil masa sebab semua gambar perlu di scan.

Sekian, jumpa lagi di lain hari. 

Saturday 5 November 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 15)


Hari ni hari Raya Haji (Raya Haji Tahun 2000 dulu)….atau nama saintifiknya AidilAdha…Masa ni dah masuk bulan kedua kami dilanyak.  Badan dah hitam legam.  Muscle dah mula naik..dah bole nampak otot perut aku berpetak-petak buat pertama kali dalam hidup..hehehehe…Pagi ni kami takder apa-apa aktiviti..Ramai jurulatih balik kampong beraya.  Di subuh yang hening, kami bersembahyang dan melaungkan takbir raya.  Syahdu…pertama kalinya aku beraya berjauhan dari keluarga.  Bila kenangkan saat ni, memang bergenang air mata.  Lepas subuh tu, kami balik ke blok.  Persiapkan diri untuk majlis sambutan hari raya yang akan diadakan di padang kawad depan HQ.  Pukul 8 lebih, kami ke surau semula.  Sembahyang Hari Raya berjemaah bersama.  Lepas sembahyang, ada aktiviti korban.  Seekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada staf-staf Ipoh yang berkahwin…Yer la..nak bagi orang bujang nak boleh buat apa? Hehehehe…

Memang sedap betul la makan kat bawah khemah ni.  Pertama kalinya aku dapat meneguk semula air sirap limau ais…setelah 2 bulan berpuasa.  Untuk makluman, sepanjang latihan ada benda yang diharamkan untuk dibuat dan dijamah.  Berebut2 kami minum.  Macam org kebulur..Tapi memang pun..hahahahaha…Makanan yang dihidangkan amatlah pengubat rindu!!!

Harini juga kami tak melalui aktiviti senaman pagi.  Memang lain enaknya.  Hepi sebab tak dilanyak..namun tekaan aku bahawa esok adalah hari pembalasan adalah benar..hehehehehe

Majlis habis dalam pukul 11 pagi.  Kami semua balik ke blok.  Boleh rehat2..melepak sambil prepair baju, kilat kasut dan sebagainya.  JLB harini adalah Sjn Balen.  Seorang PTI berketurunan India yang agak gila2 sikit.  Masuk time petang, entah kenapa kami tidak dipanggil macam biasa.  Hanya squad leader blok saja yang dipanggil dan diarahkan oleh JLB untuk cari rekrut di blok masing2 untuk buat fitik membersihkan padang kawad dan meruntuhkan khemah tadi.  Wah, hari yang mulia ni rupa-rupanya amat dihormati oleh JLB…Bestnyer kalau raya hari-hari..hehehehe..

Masuk malam, lepas isyak, kami roll call.  Pakaian macam biasa dengan planters orders.  Dibariskan dan terpacak kat padang tu sampai pukul 2 pagi.  Malam ni ada acara merapu-rapu bagi menghilangkan kebosanan JLB.  Untuk acara kemuncak, kami diarahkan change parade (menukar pakaian) dengan berpakaian baju loreng.  Dalam masa 5 minit semua patut dah sampai di padang roll call.  Ada pulak kumpulan blok yang lambat.  Apa lagi, Sjn Balen dengan berang mengarahkan kumpulan tu balik semula dan bawa tilam ke padang roll call sekali..Kekekekeke..best…

Disebabkan sehari kami telah berehat, malam tu kami eksesais…pecahkan kembali lemak2 kari daging siang tadi.  Best..best..aku memang dah agak, mesti apa sekalipun akan kena gak..hahahaha..

Akhirnya penantian kami utk acara roll call berakhir.  Pukul 2 pagi tu kami diarahkan balik blok.  Tiada sebarang pergerakan dan lampu mesti padam semuanya.  Sampai bilik, aku mula menghadap nasi lemak yang aku order siang tadi.  Sebagai makluman, ada jurulatih kami mencari side income menjual nasi lemak kepada rekrut.  Bagus cara ni, janji rezeki halal.  Kami nak mengadap masakan di mes memang dah muak.

Baru je dua suap…aku ulang dan masih aku ingat..DUA SUAP dan tengah berkunyah, siren berbunyi sekali lagi menandakan acara roll call akan dilakukan semula.  Arahan JLB.

Memang celaka kau Balen!!!  Aku nak mengadap rezeki ni!!! Memang sial dan celaka!!! Memang aku betul2 bengang dan pantang aku mcm tuuu!!!

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 14)



Setelah geng PTI mengambil blok masing-masing, atas PTI tersebut untuk buat apa kat blok yang dipilih.  Selalunya makanan harian kami adalah side roll dan sewaktu dengannya.  Masa ni la segala ilmu mendera dipraktikkan sepenuhnya oleh PTI.  Semua perbuatan tersebut bagi kami adalah untuk kebaikkan.  Tiada sifat dendam atau sebagainya.  Muntah hijau diakui terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam perut dan untuk kami sentiasa fit!

Pukul 8 pagi tugas PTI akan habis.  Kami dilepaskan balik ke blok semula untuk bersiap membuat latihan kawad kami pula.  Balik bilik lepas mandi dan cuci baju loreng, aku bersiap untuk berbaris bersama blok utama aku iaitu blok 67 bravo.  Pakaian kami pagi tu adalah pakaian No 4 iaitu baju lengan panjang dan seluar biru.  Dalam TUDM, pakaian tu adalah pakaian medan menggantikan pakaian loreng.  Loreng hanya digunakan oleh Paskau dan geng Starburst sahaja.  Pasukan selebihnya akan menggunakan baju No 4 ini untuk latihan medan, duty malam dan berkawad.

Baju tersebut digandingkan dengan kasut kawad kulit hitam serta ada ‘engklet’ (kain berwarna putih di bahagian buku lali).  Tak lupa juga tali pinggang hitam yang ada petak besi berkilat di kepalanya berlambangkan burung ababil, burung rasmi TUDM.  Pukul 9 kami mula berbaris dan menuju di padang kawad.  Masa ni jurulatih kawad kami dah mula menunggu.  Beliau seterusnya akan mengajar kami apa itu jenis Kawad Kaki dan Kawad Senjata M-16 serta AUG Styer. 

Alasan aku harap dimaafkan


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Maafkan aku sbb lambat update, seperti kata orang kalau nak sampai cerita, hati kena tenang, rileks, mood kena ok…otak kena fresh..Kesibukan aku sejak dua menjak ni memang terasa, aku sibuk siapkan borang penilaian prestasi tahunan anak buah.  Mana lagi nak jaga bos punya borang, nak kena sign pengarah dan panglima bagai...Kena pulak aku manage jemputan dan setup majlis makan malam utk Ahli Lembaga opis aku…Pastu aku organize pulak trip memancing ke kelong di Lukut bersama ipar duai dan biras.  Sebulan aku prepair…siap kaji ramalan cuaca dan keadaan ombak bagai…Aku setkan tarikh bersamaan Kalendar Islam..Namun, rezeki dalam air ni susah mau cakap la..kalau Allah nak bagi sekejap jer..hehehhee..dan dalam trip tu, dapat gak la aku sekor ikan Telinga Gajah

Sibuk..sibuk dan memang sibuk…Aku dah sediakan skrip cerita ni kat komputer opis…kebetulan masa nak publish dalam blog, komputer aku tu diserang virus dan terus jem.  Tak sempat nak recovery..Tu menambahkan ‘alasan’ aku utk nak sepikan seketika blog aku ni…hehehehehe…sorry…

Balik umah, aku tak berkesempatan nak mengadap laptop utk karang cerita pulak.  Yer la..anak-anak pulak dok kacau ajak aku perang boboiboy dan otomen taro…Yang sempat aku on, aku buka fb, carigold dan yahoo mail jer…Oh ya, sesapa nak jadi friend aku, bole request melalui fb aku (Norizan Bin Nordin)…gambor aku sedang memeluk wife tercinta di muka buku tu..hehehehe..

Oh ya, aku sekarang kat kampung aku di Felda…wah…laju sungguh selkom berukben aku ni macam pakai streamyx!!!  Klik jer ada..klik jer terbuka..kalau kat KL, huh, hampeh!!!  Oleh kerana hati ada sikit senang…Japgi aku persembahkan satu citer bersempena hari raya Aidiladha ni kenangan semasa aku di Ipoh….Kejap yer..hehehe

Thursday 13 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 13)

Lupa lagi nak bagitau.  Arwah ni kami panggil dia ustaz.  Gelaran tu aku yang bagi mula-mula sehingga dikenali dan melekat hinggalah dia meninggal.  Semasa di padang roll call tu jurulatih nyamuk mula la nak buat sesi macam-macam.  Suai kenal, lawak bangang dan apa-apa saja yang boleh menghilangkan boring diaorang.  Kami kat dalam baris ni lagi la boring.  Mata memang mengantuk.  Nak tidur tak boleh sebab berdiri.  Badan yang penat tadi masih belum hilang.  Akhirnya kami disuraikan pada pukul 1 pagi.  Mengikut jadual hari kedua kami sebagai rekrut, pukul 6.30 pagi keesokannya kami akan mula membuat PT Pagi.  Selepas itu ada pula latihan kawad kaki.

Pukul 5.30 kami dah mula bangun, pergi mandi dan bersiap ke mes untuk makan.  Selepas makan, ke surau untuk solat subuh.  Selesai solat kami bersiap untuk ke padang kawad A dengan berpakaian half loreng.  Di sana adalah makanan pagi bagi geng-geng Physical Training Instructor (PTI).  Rama yang digeruni dah mula menanti.  Di padang tersebut kami semua akan memanaskan badan dengan latihan-latihan ringan yang akan jadi berat juga kalau dah kena lompat bintang (jumping jack) 10 kiraan satu sebanyak 20 kali…latihann mula!...Bila pulak masa berhenti tak serentak, kena ulang balik.  Sepanjang ingatan 6 bulan tu, rasanya aku dah buat berbelas ribu kali kat STU ni…huhuhu…

Selepas badan dah panas, para PTI akan mula memilih mengambil blok yang disukai.  Kalau tak bernasib baik dapat kat Rama memang makan tak habis.  Seksaannya semua kategori A.  Rama ni pulak suka ambil blok yang berbaris di belakang-belakang.  Kelebihan duduk bahagian belakang ni senang nak mengencing sebab pagi-pagi yang baru nak cerah tu mata PTI agak rabun ayam..hehehehe.  So, blok mana yang lambat melapor pagi tu memang la dalam ketakutan.  Hari kedua tu, ada juga rekrut yang keras kepala.  Nak melawan konon, tapi geng-geng PTI dengan segera mematahkan cubaan menderhaka tu dengan mengecop tapak kasut saiz 12 (Rama punyer kasut saiz ni..hehehehe)…

Hukuman tersebut sengaja dilakukan di hadapan kami sebagai pengajaran.  Memang banyak kes body touching, tapi kami relakan demi semangat untuk menghabiskan latihan.  Yang paling pelik dan musykil, sesamseng-samseng rekrut tu masa awam dulu, tak pernah pun bertumbuk dengan jurulatih.  Entah kenapa la…sorang pun tak berani nak ajak bertumbuk..hehehhe..Mungkin kat STU ni dah dipagari segala ilmu ni…pendapat ikhlas aku la…

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 12)

Petang lepas makan kami ke surau.  Sebelum azan maghrib berkumandang, aku perhatikan ramai dah terbungkang.  Penat tengahari tadi masih belum hilang.  Seksanya hanya tuhan saja tahu.  Kesan dari sesi orentasi tadi sudah mula menunjukkan belangnya.  Habis segala otot tulang penyambung kat seluruh badan aku sakit.  Nak lipat kaki pun rasa macam dicucuk jarum peniti.  Ah, aku angkat buat sawit kat Felda dulu pun tak rasa perit macam ni.  Setakat beban 20 kilo setandan tu aku bole lagi.  Tapi kat STU ni rasa lain macam kudrat aku.  Rasa perit kat muka akibat dijemur tadi pun belum mahu hilang.

Selepas Isyak, kami balik ke bilik semula.  Perjalanan kami walaupun dekat atau jauh mesti dalam berkumpulan dan berkeadaan berkawad.  Kami dimaklumkan roll call akan diadakan semula pukul 10 malam di tempat yang sama tetapi dengan berpakaian planters orders iaitu baju kemeja putih lengan panjang, bertali leher hitam, seluar slack hitam dan kasut potong (kasut kulit hitam bertali).  Sampai di bilik aku mula memasak air untuk bekalan air sejuk.  Kami hanya mampu bersembang dan membuat lawak sesame sendiri kerana pada ketika itu langsung tiada sebarang hiburan atau sumber berita yang kami boleh terima.  Sebagai makluman, tiga bulan kami di sana dalam keadaan buta berita baik dari segi radio atau surat khabar.  Nak telefon mak bapak pun kena curi-curi.  Dari segi apa yang aku perhatikan, rekrut sekarang sudah banyak keselesaan.  Bilik pun dah duduk berdua.  Zaman tu lagi mana la mampu nak beli henset…sim pack pun berharga ratusan ringgit sekeping.  Tak macam sekarang.  RM 5 jer dah boleh dapat!  Cilakak betul…Sampai sekarang aku tak halalkan duit aku yg pernah terbeli sim pack berharga RM250.  Huh..kena tipu kaw-kaw masa tahun 2000 dulu…kekekekekekeke.

Tepat jam 10 malam siren berbunyi.  Kami berbaris di padang roll call.  Selesai saja upacara melapor kekuatan blok, jurulatih-jurulatih nyamuk dah mula datang.  Ramai pulak berkumpul malam ni.  Buat apa la duduk sini ramai-ramai, kat rumah kan bagus boleh main ngan anak bini.  Bagi mereda atau menyejukkan para jurulatih, blok utama aku iaitu blok 67 telah melantik seorang tukang bancuh air.  Kat sini aku nak dedikasikan sedikit memori untuk beliau.  Beliau kini telah arwah setelah pesawat Nuri yang dinaikinya terhempas di Genting Sempah beberapa tahun lalu.  Kesemua jenazah dijumpai dalam keadaan yang amat menyayat hati di mana semuanya telah kembung dan dimakan ulat.  Untuk pembaca blog ini yang beragama Islam, marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-fatihah untuk Allahyarham Reduan dan semua mangsa yang terlibat dalam tragedy tersebut.  Al-Fatihah.

Arwah seorang yang baik.  Aku mula kenal beliau semasa proses temuduga akhir dua minggu dulu.  Kami satu blok iaitu blok 57.  Arwah juga seorang yang taat pada agama.  Semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan semua mangsa - amin.  Ok.  Arwah adalah seorang pembancuh air kopi terbaik pernah dihasilkan oleh skot kami..huhuhu…Sepanjang tugas beliau di STU, banyak jurulatih dating hanya nak minum kopi…Kekekekeke….

Wednesday 12 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 11)

Tepat pukul 3, siren pun berbunyi menandakan masuknya waktu untuk semua rekrut berkumpul.  Pukul 3 tu matahari agak condong tapi bahangnya hanya sekelumit zarah macam gambaran api neraka.  Tempat kami roll call tu terletak di tengah-tengah kawasan lapang berdekatan blok penginapan.  Kami berbaris mengikut kumpulan blok.  Di sudut hadapan, terletak pondok jurulatih.  Sebagai info, semua jurulatih berkumpul di sini untuk membelasah rekrut setiap malam.  Siap berbaris, Jamil squad leader kami membuat pengiraan untuk kecukupan bilangan ahli blok.  Blok kami ada 40 orang.  Bila semuanya cukup, barulah si Jamil dan squad leader-squad leader blok lain akan melapor di hadapan Squad Leader Keseluruhan iaitu wakil kami semua.  Kami panggil dia Abe.   Abe akan mencatat jumlah keseluruhan dalam bukunya dan melapor kekuatan kami kepada jurulatih yang bertugas (JLB) hari tu.  Kebiasaannya JLB adalah berpangkat Sarjan. 

JLB hari tu adalah Sjn Azhar Udang.  Jangan silap, kat sini ada dua org Sarjan bernama Azhar Lambung (Penasihat Blok kami) dan Azhar Udang.  Sjn Azhar Udang ni memang sempoi dan kalau nak tau, masa aku tamat latihan, kami dan aku pun menangis sbb berpisah dengan beliau…huhuhu..kami dah anggap beliau sebagai bapa susah dan senang kami kat STU ni…Masa awal-awal ni kami tak kenal lagi dia..ok, bila semuanya telah cukup, kami mendapat taklimat ringkas dari JLB.  Pada hari pertama tu  kami belum menerima arahan apa-apa lagi dari pihak pengurusan sekolah.  Selalunya kalau berkumpul waktu petang ni, kami akan dikerahkan membuat fitik iaitu tugas buruh paksa aka jiwa murni..hehehehe…pihak pengurusan akan memohon bantuan dari JLB untuk bersihkan kawasan ke, tolong tukang masak mes ke atau apa-apa saja arahan kerana rekrut-rekrut ni sentiasa berkhidmat untuk tuan-tuan sekalian..hahahahaha.

Perhimpunan kami haritu disuraikan agak awal iaitu hampir pukul 5 petang. Huhuhu…Maklum la, JLB ni sorang, tetapi ‘nyamuk-nyamuk’ lain iaitu jurulatih menyibuk bukan main banyak la…nak buat sesi berkenalan la..apa la..dah la kami terik dan dah rentung tengah panas…cinabeng!!!  Habis sesi berkumpul tu, kami dapat balik bilik.  Oh ya, arahan seterusnya nanti adalah berkumpul di hadapan blok kami iaitu atas jalanraya dengan berpakaian baju melayu lengkap termasuk sampin dan kasut kulit untuk makan malam di mes seterusnya menunaikan solat maghrib di surau.

Sampai di bilik kami membuat pentadbiran sendiri.  Ada yang basuh baju, mandi dan buat apa yang patut.  Malah ada yang masih buat bodo, termenung sebab masih tak percaya masuk askar…hahahahaha…Aku? Huh…aku memasang strategi dan mencari port baru untuk kegiatan menghisap rokok aku tu..hahahaha…stok banyak lagi beb, rugi kalau masuk angin…Cuma yang paling aku risau kalau rokok dah habis…mcmana la yer…sangap la aku…Untuk mengelakkan dunhill aku dikesan jurulatih, banyak tempat aku simpan.  Celah baju, tiang katil besi, dalam tilam dan macam2 la tempat strategik lain…


Tuesday 11 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 10)

Kami berbaris dalam kumpulan blok.  Masa nak kena belasah tu, aku dengar member sebelah menjerit!  ''Kawan-kawan, apa yang jadi pun kita tetap jadi macam adik beradik!!!''..Aku paham maksud dia..Kata-kata dia memberi semangat kepada kami.  Dan dia sekarang ni pun dah jadi komando.  Respek!..Hari bahagia tersebut dipanggil orentasi pangkalan.  Sebagai info orentasi ni bermaksud untuk mengenalkan kepada rekrut tempat-tempat contohnya di mana stor senjata, pejabat tadbir, cawang kenderaan dan tempat-tempat larangan.  Sehingga kini TUDM mempraktikkan amalan tersebut di mana setiap pegawai dan anggota yang baru melapor diri ke unit baru, diwajibkan membuat 'arrival' iaitu sijil ketibaan.  Anggota akan mendapatkan borang di pejabat tadbir dan terus menuju ke lokasi seperti yang dicatatkan dalam borang untuk mendapatkan tandatangan pegawai.  Konsep ini bertujuan mengenalkan anggota di mana tempat-tempat yang bakal berurusan seperti cawang material. RSAT dan sebagainya.  Begitu juga jika bertukar keluar dari unit itu.  Borang tadi dibawa bersama tetapi namanya clearence iaitu sijil penyelesaian.  Anggota tadi akan mendapatkan tandatangan pegawai sepertimana mula-mula yang dibuat dulu.  Di samping tu juga, pentadbiran akan menjadi lebih efisyen kerana keluar dan masuk serta pergerakan anggota dapat dikawal.

Kita kembali ke STU....Kpl Mizi membawa kami dalam keadaan berkawad ke lokasi yang terpilih.  Sambil menerangkan nama tempat tersebut.  Kami tidak terhenti-henti membuat jumping jack (lompat bintang) dan segala punishment lain.  Ish..nak terang, terang la..yang bagi kami buat kerja bodoh tu buat apa...bentak aku.  Sambil tu pulak ada jurulatih lain mengawasi kami.  Sapa yang tak buat dapat la habuan side kick dan sewaktu dengannya.  Time ni susah nak mengencing.  Banyak jer mata nak mengawasi.  Penat dia tuhan saja yang tahu.  Pendek kata zaman rekrut ni adalah zaman kepenatan 24/7 di samping hati yang sentiasa cuak!!!  Kami kena tepat matahari terpacak.  Panas dia...huh....dengan tekak yang dahaga...bayangkan..tak sempat nak rilek mesti kena.  

Setelah semua tempat kami dah kenal, ingatkan sesi orentasi tu dah habis...Rupa-rupanya kami dikumpulkan sekali lagi semua di hujung padang STU berdekatan lombong.  Di padang tu kami diberi 'kuih gulung'..hahahaha..jangan terpedaya, bukan kuih tau...tu istilah side roll iaitu baring sambil mengolekkan badan dari mula ke hujung padang.  Keupayaan side roll ni adalah untuk mengeluarkan segala isi perut dan diakhiri dengan muntah hijau.  Sebelum ni aku pernah dengar istilah muntah hijau dan sekarang baru aku tau.  Majoriti rekrut keluar muntah.  Tapi aku?....heheheheh...jujur cakap sepanjang latihan aku selama 6 bulan tu, pernah keluar muntah hanya sekali jer....hehehehe...nanti aku cerita...Hampir sejam kami menggulung, akhirnya dekat pukul 1.30 orentasi kami berakhir.  Kami diarahkan pulang ke blok masing-masing untuk makan, mandi dan sembahyang dan kami diwajibkan lapor diri semula dengan berpakaian PT pada pukul 3 petang ke tempat berkumpul yang kami panggil tempat roll call.

Balik bilik semuanya senyap!..tersandar di lesu katil.  Baju dan seluar yang terlenyek muntah orang tadi aku campak ke tepi.  Memang takde tenaga nak basuh.  Masa ni dah tak ingat nak makan.  Selera pun takde.  Mujur juga ada air mineral aku simpan dalam loker.  lepas sejam tersandar dan lepas minum, aku ambil rokok yang masih selamat, cari port, dapat la berasap.  Tu pun kena berhati-hati.  Korang nak tau, nikmat hisap rokok ni adalah bila mana kita dalam keadaan ketakutan.  Rokok dihisap laju sampai abu tak sempat nak jentik!...Selesai projek, aku balik ke bilik.  Ambil baju loreng yang kotor tadi dan bawa ke bilik air, basuh.  Lepas basuh aku sidai dan bersiap semula pakai pakaian PT untuk roll call pukul 3 nanti.  Tiba-tiba aku dengar suara petir Kpl Mizi menjerit! '' Sapa yang hisap rokok dalam toilet ni?!!!!!!!!!''  Dalam bilik sunyi sepi.  Takder orang yang mengaku!...'' Celaka korang rekrut! Ni amaran terakhir! Kalau aku jumpa lagi memang nahas semua! Semua sekali aku bagi show prade!!!''. Amaran dari Kpl Mizi.  Aku yang tadi muka dah pucat takut kantoi merasa lega sedikit.  Fuh...kali ni aku kena berhati-hati.  Balance rokok aku ada lagi 15 batang...kui..kui..kui...Lupa aku nak bagitau, selepas sessi orentasi tadi, seorang rekrut dalam bilik aku terkena sawan.  Beliau dimasukkan ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera).  Dari cerita, beliau terima tekanan yang teramat sangat dan tidak sampai seminggu menjalani latihan, akhirnya beliau discharge....




Monday 10 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 9)

Dalam dewan, kami berpusu-pusu berlari keluar.  Pintu dah la satu jer.  Jurulatih (JL) tunggu kat pintu sambil tepuk kepala siapa yang hampir dengannya.  Ada gak yang kena sepak bontot sebab lambat..Hahahaha..Aku macam biasa, aku akan cuba mencelah-celah sambil mengelak mana yang termampu.  Ala, bukan sakit apapun, saja jer JL nak buat gempak.  STU pagi tu gempar...Gempar dengan ratusan budak kepala botak bertempiaran lari ke blok masing-masing.  Sampai aku di katil, aku sarung terus baju loreng yang sememangnya aku dah siap standby.  Selesai bersiap kami semua berbaris di hadapan blok.  Kpl Mizi dan Sjn Azhar yang tadinya menjerit dan menjerkah rekrut yang lembab dah terpacak di atas jalan dengan tongkat sakti (tongkat kawad) mereka.  ''Cengkrut, selamat datang ke alam rekrut!!!  Sapa nak tarik diri, bole minta sekarang!!''  Jerit Kpl Mizi.  Takder seorang pun berbunyi.  ''Ai, takder ker?''.  Soal Kpl Mizi dengan matanya yang terjegil.  '' Kalau takder...takpe....ok!!!..Dengar sini....Barissssss...Barissssssssssss Sedia!!!''  Kpl Mizi mula memberi hukuman kawad.

Baris sedia? Aku mana la tau apa-apa.  Di kesempatan tu ada juga rekrut yang tahu buat sebab dah ada pengalaman.  Aku setakat pengalaman tengok citer Prebet Badul ada la..hahahaha...Tapi aku pun ikut la member yang pandai buat tu...Ooo...senang jer...baris sedia ni tegakkan lurus badan macam nak nyanyi Lagu Negaraku tu.  Senang jer.  Tapi ada juga rekrut yang bengong.  Terkebil-kebil sambil tersengih.  Lantas flying kick Kpl Mizi melayang kat peha beliau yang bengong tadi.  Kami semua tergamam.  Wah, wahh...dah siap mula buat body touching...Memang azab la kami lepas ni...'' kalau tak tau tu, ikut yang lain la bodoh!!!  Nanti aku ajar semuanya''! Kata Kpl Mizi.  Hukuman (hukuman adalah bahasa berkawad) seterusnya. '' Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanannnnnnn..Pusingggg!!!!''  Jerit Kpl Mizi lagi.  Magic juga...semua pulak dah pandai ikut budak yang terer tadi.  Huh, takut kena flying kick la tu..huhuhu...''Dari kiri, cepat jalan!!!  Arahan Kpl Mizi.

Kiri kanan kiri, kiri kanan kiri jerit budak depan.  Kami semua main ikut jer.  Wah, best juga yer..berjalan ramai-ramai macam ni.  Pakai baju loreng pulak tuu..Huh..dah jadi askar aku ni..lalalalala...Kami berjalan ke Padang Kawad A.  Kat sana segelombolan rekrut dari blok lain dah lama sampai.  Jumlah kami dianggarkan semua dalam empat ratus 20 orang.  Termasuk rekrut wanita.  Kat sana geng-geng Jurulatih Jasmani (PTI) dah menunggu.  Kami diarah menjarakkan diri.  Hampir separuh padang kawad tu penuh dengan rekrut botak.  Di kalangan PTI tu, ada seorang PTI India.  Kami panggil dia Kpl Rama.  Muka jer dah nampak garang macam penjahat pilem tamil.  Suara pun garau macam gajah.  Dari hari tu, berkat didikan Kpl Rama n the geng, kami dapat belajar pelajaran berikut yang sentiasa diulang hampir beratus kali:

a.   Jumping Jack (lompat bintang), pumping, commando rest, side roll, forward roll dan banyak lagi.

Seksaan  kami tidak berakhir di situ....










Sunday 9 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 8)

Malam kami dapat blok baru, kami diajar cara pasang kelambu, layout katil dan pelbagai serba sedikit ilmu awal.  Kami diberi penerangan apabila latihan kami bermula selepas acara angkat sumpah, kami akan terikat dengan akta dan larangan yang dikeluarkan oleh pihak Sekolah.  Antara yang paling penting ialah kami diharamkan untuk menghisap rokok dan melalakukan kesalahan seperti yang termaktub.  Sebagai maklumat, rambut kami sentiasa berada dalam keadaan botak, misai dan janggut diharamkan untuk tumbuh.  Kami juga dibekalkan ilmu mengilat kasut dari kulit biasa tu sampai la berkilat hingga bole nampak taik-taik gigi.  Pakaian rasmi kami waktu tu adalah pakaian PT iaitu seluar track dan t-shirt putih.  Dua tiga hari sebelum acara angkat sumpah, kami dibekalkan dengan semua pakaian dan peralatan ketenteraan dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Terfikir aku betapa mahalnya kos untuk kerajaan melatih seorang perajurit di mana aku saja jika dihitung dari mula latihan hingga tamat latihan, kos seorang dianggarkan mencecah melebihi RM5k....fuh..kayoo..kayoo...lebih lagi kalau yang dapat tender membekal tu...wakakaka.

Selepas aktiviti menyerahkan kad pengenalan awam, pagi terakhir sebelum kami memulakan latihan rekrut kami semua berkumpul di dewan.  Menunggu untuk perasmian dan ketibaan dari seorang Brigadier Jeneral TUDM waktu itu iaitu Brig Jen Razi.  Beliau adalah Komandan Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Setar.  Sebagai makluman,  KTU ibarat abang kepada STU.  Di KTU juga para pegawai TUDM dilatih untuk menjalani latihan samaada pegawai biasa ataupun juruterbang.  Pagi tu ketibaan Brig Jen Razi adalah dengan menaiki helikopter Alouette, iaitu heli abang kepada Nuri sekarang ni.  Bentuknya kecil macam lalat.  Dulu masa zaman operasi, heli ni digunakan sebagai pengiring untuk helikopter Nuri hover sambil membuat (Combat Air Rescue) CAR.  Juga sesuai digunakan untuk tujuan tinjauan memandangkan susuk tubuhnya yang kecil.

Kami sudah siap sedia.  Tepat jam 0900, 01 Mac 2000 kami melafazkan ikrar sumpah setia kepada SPBYDP Agong dan Kerajaan Malaysia.  Selepas kami diserahkan secara rasminya kepada Sekolah Tentera Udara oleh Anggota B, pada masa ni lah kehidupan sebenar aku dan kami sebagai seorang Rekrut TUDM bermula.....Apabila kami ditinggalkan dalam dewan oleh semua tetamu kehormat tadi, serentak dengan itu segerombolan jurulatih telah masuk dan mula bertempik serta ketawa.  Antara ayat yang aku masih ingat dalam suasana kelam kabut tu...''Celaka korang cengkrut!!!  Haaa...Sekarang kami dah berkuasa!!!  hahahahahaha...kawan-kawan, lauk kita dah terhidang!!!  Mari kita makannnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Hahahahahahahahahaha.....Cepat semua balik bilik masing-masing!!!  Aku nak korang semua berkumpul kat Padang Kawad A dengan berpakaian Loreng!!!  Aku bagi masa 3 minit jerrrr!!!!!

Saturday 8 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 7)


Kami berjalan sebaris menuju ke blok baru....Beban beg kutanggung dengan susah payah.  Tiga beg besar yang aku bawa tu agak menyusahkan.  Parking beg, kami diarahkan berbaris di hadapan blok.  Ketika ni Kpl Mizi bersama 'pembantunya' Sarjan Azhar Lambung memulakan ucapan alu-aluan.  '' Assalamualaikum..Saya Kpl Mizi dan ini Sjn Azhar''  Walaupun Sjn Azhar adalah senior rank dan sepatutnya dia menjadi in charge blok, tapi atas arahan CO (Commanding Officer), kerana beliau masih baru menjadi jurulatih, maka saya yang berkuasa sepenuhnya sambil beliau adalah 'penasihat' saya! .  Katanya garau.  Kulihat  Sjn Azhar tersengih macam kerang sambil keningnya dan dahinya dikerutkan.  Bajet muka garang la tu.  '' Mulai hari ni, saya adalah in charge blok 58 ni dan juga jurulatih kamu, apa-apa hal saya yang akan bertanggungjawab!  Arahan pertama dari saya, saya nak tau sapa kat sini yang pernah masuk persatuan pengakap ke, kadet bomba ke..sila keluar di hadapan!  Serunya tegas.  Kami masing-masing terdiam. Dalam hati aku dah agak, mesti ada yang tak kena.  Namun member sebelah cakap sambil berbisik kat aku, baik keluar sebab katanya latihan mungkin akan ringan sedikit kalau kita dah ada pengalaman.

Melihat takder seorang pun yang keluar, Kpl Mizi bagitau sapa yang keluar akan dapat pelbagai keistimewaan.   Rupa-rupanya ada yang berani menyahut cabaran. 6 orang dari kami melangkah keluar.  Aku secara peribadi mengucapkan tahniah dalam hati...hahahaha...jap lagi kau kena...6 orang tadi berbaris di hadapan kami. Kpl Mizi suruh diaorang menjerit.  Dan akhirnya seorang penjerit yang terkuat dan harmoni suaranya disuruh berdiri di depan kami dan lagi 5 orang tadi disuruh masuk semula dalam barisan.  ''Bagus, nama hang sapa? Tanya Kpl Mizi kat insan bertuah tu.'' Nama saya Jamil bin ...... tuan!.  Kata Jamil tertakut-takut.  ''Bodoh!!! Aku bukan tuan hang!! Aku Koperal jer, paham tak bakal cengkrut (rekrut)''?!!! ''Paham koperal!!!;;.  Jerit Jamil bersemangat!...Sjn Azhar Lambung sejak tadi aku tengok mundar mandir dalam barisan kami..Ntah apa yang dia cari...Sambil-sambil tu dia dengan suara garang bertanya itu ini...asal mana, bapak kerja apa dan soalan-soalan merapu lain sambil ingin menunjukkan yang dia hebat kat Sekolah tu...''Aku tak tau macamana, korang masuk blok ni dan cari/pilih capui (katil) masing-masing!!!  Cepat lahhhhhhhhhhhhhh''!!!  tiba-tiba saja Sjn Azhar bertempik!!!

Mulai hari tersebut Jamil adalah squad leader kami.  Apa-apa hal jurulatih akan berhubung dengan dia dan arahan dari dia adalah arahan dari jurulatih.  Baru aku tau, Jamil dulu merupakan kadet polis yang cemerlang di sekolah.  Ciri-ciri kepimpinannya memang menyerlah.  Aku mendapatkan katil berhampiran pintu masuk.  Fikir aku, kalau apa-apa senang nak bertindak.  Capui kami double decker dan aku dapat katil bawah.  Kehidupan kami sebagai rekrut belum bermula secara sepenuhnya.  Kami masih di bawah pentadbiran 'Anggota B'.  Aku dengar cerita dari tulisan dan warkah yang ditinggalkan oleh rekrut-rekrut lepas kat bawah katil, dalam loker, lepas angkat sumpah baru kami bergelar seorang Rekrut Udara....Geli hati aku tengok katil atas aku di bawahnya terconteng TUDM - Tempat Untuk Dara Merindu, ASKAR - Azab Sengsara Kau Akan Rasa.



Friday 7 October 2011

Bajet 2012 Malaysia

Aku marah..marah...memang marah dengan Bajet 2012 yang dibentangkan ni!!!  Tak tahu nak cakap apa...Siap sedia Gelombang PRU-13....

Thursday 6 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 6)

Hari ke-9 aku disahkan dapat menjalani latihan rekrut.  Berdebar kemain bro...Balik dari dewan tu aku bergegas ke public phone, call mak aku dan cerita aku dah berjaya.  Dari gaya percakap ku tahu mak amat bersyukur sangat-sangat.  Serba sedikit nasihat dan sokongan moral berjaya aku perolehi dari insan yang amat aku sayang!  Terima kasih mak.  Anakmu ini akan buktikan kemampuannya.  Lepas telefon, aku balik blok penginapan.  Dah ramai dalam blok.  Ada yang sedang packing barang sebab tak lulus dan diikutkan, mereka yang gagal akan dihantar pulang petang tu juga ke stesen bas (Medan Kid).  Dibekalkan waran perjalanan untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan sedikit pengalaman berguna untuk bercerita ke anak cucu...hehehehe.

Pukul 2 petang, kami berkumpul semula dalam dewan.  Ada sedikit taklimat apa ntah aku dah lupa....Dan petang tu, mereka-mereka yang gagal dah menaiki bas.  Kami beramai-ramai membuat penghormatan terakhir (send off) .  Ada yang dalam bas tu menangis-nangis dan menjerit takkan putus asa dan akan cuba lagi.  Ntah betul ke tidak, aku dah tak jumpa lagi diaorg selepas tu...huhu....Kami diarahkan balik ke blok semula.  Arahan terbaru, kami diarahkan packing barang kerana kami akan dipecahkan kumpulan lagi.  Lepas packing semua barang, kami berkumpul dan berbaris mengikut negeri masing-masing kat padang kawad A.  Kami dibahagikan blok semula setelah diasingkan dari barisan negeri tersebut mengikut Flait...Setiap Flait ada 3 blok penginapan.  Flat Alpha ada blok iaitu blok 57, 59 dan 60.  Flait Bravo ada blok 65, 66 dan 67 dan Flait Charlie ada blok 68, 69 dan 70.  Aku dapat blok yang special sikit sebab kumpulan aku adalah kumpulan terakhir yang tertinggal setelah pembahagian blok.  Kami seramai 40 orang dapat blok penginapan 58 tetapi setiap antara kami menganggotai Flait-flait utama.  Macam aku, aku dapat Flait Bravo blok 67 tetapi buddy sebelah aku Flait Alpha blok 59.  Blok kami dinamakan blok ad hoc...Special...hehehehe...Situasi kami sepertimana yang rekrut wanita dibahagikan.  Rekrut wanita diasingkan dalam blok khas, siap berpagar.  tetapi bila ada latihan, rekrut wanita ni akan mengikuti latihan bersama flait dan blok masing-masing.

Dah dapat blok, kami diperkenalkan dengan in charge blok.  Koperal Mizi nama dia.  Orangnya kurus tapi misai tebal.  Suara mcm petir tak padan dengan badan...Arahan  pertama,  ''Keluarkan segala benda-benda tajam dari beg hangpa!!!  Dan semua rokok serta lighter kumpulkan kat depan.  Semua buat!!!  Kalau aku jumpa sapa tak buang memang NAHAS!!!  Aduhhh...camner ni...benda lain takper, tapi bab rokok tu yg aku takleh terima...Tapi aku ada sikit idea bernas, rokok ngan lighter aku simpan dalam underwear...punyer la besar, dunhill 20 pulak tu....rasa tak selesa...tapi nak buat mcmana..nak survive kan...huhu...



Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 5)

Lupa nak cerita, intake aku rekrut wanita ada lebih kurang dekat 40 orang.  Masa ni semuanya ayu-ayu lagi...Ok...Masuk minggu kedua selepas medical check up, kami mula menjalani ujian bertulis.  Aku dengar cerita, result dari exam ni lah yang akan menentukan tahap kecerdasan IQ untuk seseorang itu dipilih untuk dibahagikan trade.  Kalau cemerlang, dapat la Engineering Trade atau nama kampungnya pomen kapal terbang.  Kurang cemerlang akan dipilih untuk trade menjaga radar, bahagian bekalan (supply), tukang kayu, bomba dan ada lagi....dan paling sempurna tidak berapa cemerlang dalam exam tu dapat la trade Pembantu Tadbir atau encik peon mcm aku sekarang..huhuhu...tak ketinggalan juga di bawah naungan tred Pembantu Tadbir ada tred Pembantu Pertahanan iaitu mereka-mereka yang menjaga pintu masuk dan keselamatan Pangkalan Udara.  Macam Military Police la...tapi kami panggil provos TUDM.  Ada juga trade Jurulatih Jasmani, Jurumasak (chef) dan ada satu dua lagi.  Nanti aku sediakan carta alirannya untuk korang lebih memahami sebab belum sampai masanya lagi...

Aku sedaya upaya menjawab soalan yang lebih susah dari soalan STPM tu..Soalan math nya berbelit-beli...english education mcm yang Usop Wilca cakap tu pun memang tahap gaban...Soalan duga minda dan cepu cemas pun tidak kurang hebatnya...Seperti contoh, antara sekilo batu dan sekilo kapas, mana yang lebih berat?  Mujur aku jawab betul..hehehehehe...sebab aku pernah dengar lawak ni...kekekekeke...

Terus terang aku cakap, aku tak menaruh harapan tinggi untuk menjawat jawatan pomen kapal terbang.  Sebab apa yang aku nekad, aku nak jadi peon....Kerja dalam opis memang dah cita-cita aku dan aku lihat TUDM memberikan peluang ni, maka aku cuba sebaiknya.  Exam tu aku jawab mana yang termampu jer....
Dalam pada tu jugak, aku tertanya-tanya mana jawatan sebagai pilot? oh yaaa....aku tersilap masuk cabang rupanya sebab dari hari tu baru aku tau, dalam TUDM ada dua cabang iaitu Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan hanya Pegawai yang ditauliahkan SPBYDP Agong sahaja yang layak menjadi pilot jika bernasib baik...Aku redha...lagipun aku sedar, apa la kemampuan aku dengan SPM yang cukup-cukup untuk apply IKM jer hari tu...huhuhuhu

Ah, lantak la...Janji aku dah ada kerja tetap.  Petang tu lepas exam, kami melepak kat blok.  Sembang-sembang sambil merancang strategi bagaimana nak dapat juga kerja ni.  Aku jumpa ada gak sorang dua dah mula nak tarik diri.  Katanya diaorg dah dapat offer sambung belajar la, kerja gomen yang apply dulu dah mula panggil la..Lantak la korang....Sejak aku di sini, aku dah mula jatuh cinta dengan TUDM...Ntah la..mungkin doa-doa mak dah mula berkesan di hati....Dan petang tu juga aku rasa tak sedap badan....Aku ni tak tau la...kalau datang tempat baru, mesti rasa lain.  Mungkin antibody aku cuba nak sesuaikan diri kot.  Kat Ipoh ni cuaca memang agak panas.

Aku rasa macam nak demam.  Lantas aku ambil keputusan berlari keliling blok untuk keluarkan peluh.  Atas sifat dedikasi dan semangat untuk aku mengikuti latihan ni, aku berjaya buat lima round tanpa henti.  Malam tu, lepas makan badan aku dah rasa normal balik.  Bibit-bibit demam dah mula menyerah kalah utk menyerang badan aku ni.  Syukur....hmmm...lupa nak bagitau korang, kat mes petang tadi nasi putih, kari daging dan sayur kangkung...Sedapppp...Malam ni ada supper bihun goreng...Sapa nak pergi makan, pergi..Aku dah tak terdaya..hahaha...

Lagi 5 hari tempoh bertenang pemilihan ni akan tamat seperti yang termaktub dalam surat tawaran.  Keesokannya, awal pagi kami semua berkumpul di dalam dewan.  Di sini ada pengumuman terakhir.  Setelah diperhalusi dan dipertimbangkan, maka akhirnya keputusan mereka yang gagal dalam pemilihan terakhir ini diumumkan.  Gagal disebabkan masaalah kesihatan dan dokumentasi.

Satu persatu nama dipanggil...Aku menggeletar seluruh tubuh...kalau aku tak dapat, mana nak letak muka oii...kenduri dah buat kat kampung tuuu....hahahahaha.....Dan akhirnya  nama aku tak disebut sebagai calon......yang gagal....kami amat bersyukur...Ada aku tengok kawan sebelah aku siap menitik air mata..menangis gembira...melompat riang...(hehehehe...korang tak tau nasib korang apa jadi lepas ni)...Aku macam biasa...step pertama dah settle...banyak lagi rintangan aku kena tempuhi...dan latihan yang agak azab tu pun aku tak tau bayangannya mcmana lagi...Apa yang aku aim, aku nak dapat tred peon....


































Tuesday 4 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 4)

Hingga ke malam masih tiada aktiviti.  Masa makan cukup teratur sejak pagi, tengahari dan malam..malah supper pun ada.  Adeh, bole gemuk cam tikus makmal macam ni kalau hari-hari...Malam tu kat blok datang seorang brader.  Dia mengedarkan kertas.  Jadual harian katanya.  Esoknya kalau mengikut jadual pukul 8 pagi selepas breakfast, kami semua kena masuk dewan dengan berpakaian sukan.  Ah, cerita esok, esok punya cerita...hati aku ni masih was-was dan berdebar takder sapa nak tenteramkan.  Wah...bestnya dapat katil double decker ni.  Siap ada bau-bau pahit askar (sapa kerja askar mesti ingat bau ni)..ada blanket, cadar putih dan kelambu hijau.  Aku tengok ramai juga budak-budak dah mula pasang kelambu.  Macam-macam stail ada.  Ada yang hanya pasang satu tali jer.  Punya la pemalas tahap celaka, janji tidur dalam kelambu.  Aku pulak lagi malas, langsung tak pasang..ngeee..ngeee...ngeee...Nyamuk pulak punye la banyak..tapi takpe..ada kipas kuat kat katil aku.  Aku yakin mereka takkan berdaya harung putaran angin tahap 3 kipas tu..huhu...Malam sebelum tidur sempat juga bersembang dengan kawan baru sambil bincang apa yang nak jadi esoknya....

Azan subuh berkumandang.  Aku tersedar dari tidur yang nyenyak. Celik je mata lampu dah terpasang.  Ramai gak budak-budak Kelantan bersiap-siap nak ke surau.  Aku? hmmm...jap gi la aku bangun....cinabeng betul...punya la malas nak sembahyang......

Pukul 7 aku bangun, mandi dan bersiap-siap untuk ke mes.  Dalam hati  menu apa pulak la hari ni.  Sampai di mes, tengok menu macam semalam gak...nasi dan mee goreng.  Pendapat ikhlas aku, askar buat macam ni mungkin sebab menu tu paling berkhasiat utk menguatkan stamina.  Pekena mee goreng dengan air teh susu pekat, perrghh..memang kaw...

p/s: Japgi aku sambung..bos aku nak guna komputer aku ni...hampeh betul, komputer sendiri tamau guna, suka sangat kat komputer aku....sbb aku tau, dia memang buta komputer..wakakakaka

Sambung balik.....


Tepat pukul 8 pagi kami semua masuk dewan.  Isi lagi borang macam-macam.  Kendian kena hantar balik borang yang bersama surat tawaran hari tu..sijil-sijil SPM dan semua sijil kami disemak semula oleh petugas kat dalam dewan tu.  Masa ni pentadbiran kami masih di bawah 'Anggota B' iaitu mereka yang membuat pemilihan awal rekrut dulu.  Hari ni rasa rilek juga la..duduk dalam dewan, atas kerusi plastik.  


Time petang pulak kami dapat pelepasan untuk buat aktiviti sukan.  Nak main apa pun, main la.  Best betul kami kat sekolah ni.  Cukup masa kami makan, main, tidur dan sembahyang serta buat aktiviti sendiri.  Esok ulang benda yang sama.  Dalam seminggu aku kat sini, cuma tunggu arahan jer.


Awal minggu tu juga ada sesi pemeriksaan kesihatan.  Ada sikit cerita pasal medical check up ni.  Rasanya tak ramai askar yang nak cerita.  Tapi aku dengan rela hati cerita la untuk korang.  Sebagai persediaan mental awal untuk bakal-bakal perajurit.  Benda ni lumrah dan wajib...tapi sesetengah orang tak boleh terima sebab melibatkan maruah.  Ok....bila selesai ambil darah, check jantung dan sebagainya, kami diarahkan mengikut kumpulan blok untuk membuat pemeriksaan badan.  Seorang demi seorang mengikut giliran masuk.  Bila sampai turn aku, baru aku tau...rupanya kena londeh seluar depan pembantu perubatan dan 2/3 lagi staf nya yang semuanya lelaki.  Tujuannya untuk memastikan bakal rekrut takde buasir dan penyakit lain.  Petang tu dengan secara rasminya buntut aku kena belek ngan orang...celaka, habis teruna aku..hahahahaha...pembantu perubatan tu buat pemeriksaan lubang dubur (memastikan tiada buasir) dan juga pemeriksaan testis.  Diletaknya tapak tangan kat bawah testis, dan disuruhnya kita batuk atau berdehem..Aku tak pasti apa tujuannya tetapi semuanya untuk perubatan.




Patut la tadi aku tengok ada mamat tu keluar dari bilik dengan muka merah padam.  Bila aku tanya dia senyap dan senyum sinis...hahahahaha...terpikir aku, ntah berapa banyak la buntut anggota medical tu dah tengok...hahahahhaa...cuma sampai sekarang aku masih tertanya-tanya rekrut perempuan cam tu jugak kerrr? hahahahahahahahahahahahaha...