Saturday 5 November 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (Episod 15)


Hari ni hari Raya Haji (Raya Haji Tahun 2000 dulu)….atau nama saintifiknya AidilAdha…Masa ni dah masuk bulan kedua kami dilanyak.  Badan dah hitam legam.  Muscle dah mula naik..dah bole nampak otot perut aku berpetak-petak buat pertama kali dalam hidup..hehehehe…Pagi ni kami takder apa-apa aktiviti..Ramai jurulatih balik kampong beraya.  Di subuh yang hening, kami bersembahyang dan melaungkan takbir raya.  Syahdu…pertama kalinya aku beraya berjauhan dari keluarga.  Bila kenangkan saat ni, memang bergenang air mata.  Lepas subuh tu, kami balik ke blok.  Persiapkan diri untuk majlis sambutan hari raya yang akan diadakan di padang kawad depan HQ.  Pukul 8 lebih, kami ke surau semula.  Sembahyang Hari Raya berjemaah bersama.  Lepas sembahyang, ada aktiviti korban.  Seekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada staf-staf Ipoh yang berkahwin…Yer la..nak bagi orang bujang nak boleh buat apa? Hehehehe…

Memang sedap betul la makan kat bawah khemah ni.  Pertama kalinya aku dapat meneguk semula air sirap limau ais…setelah 2 bulan berpuasa.  Untuk makluman, sepanjang latihan ada benda yang diharamkan untuk dibuat dan dijamah.  Berebut2 kami minum.  Macam org kebulur..Tapi memang pun..hahahahaha…Makanan yang dihidangkan amatlah pengubat rindu!!!

Harini juga kami tak melalui aktiviti senaman pagi.  Memang lain enaknya.  Hepi sebab tak dilanyak..namun tekaan aku bahawa esok adalah hari pembalasan adalah benar..hehehehehe

Majlis habis dalam pukul 11 pagi.  Kami semua balik ke blok.  Boleh rehat2..melepak sambil prepair baju, kilat kasut dan sebagainya.  JLB harini adalah Sjn Balen.  Seorang PTI berketurunan India yang agak gila2 sikit.  Masuk time petang, entah kenapa kami tidak dipanggil macam biasa.  Hanya squad leader blok saja yang dipanggil dan diarahkan oleh JLB untuk cari rekrut di blok masing2 untuk buat fitik membersihkan padang kawad dan meruntuhkan khemah tadi.  Wah, hari yang mulia ni rupa-rupanya amat dihormati oleh JLB…Bestnyer kalau raya hari-hari..hehehehe..

Masuk malam, lepas isyak, kami roll call.  Pakaian macam biasa dengan planters orders.  Dibariskan dan terpacak kat padang tu sampai pukul 2 pagi.  Malam ni ada acara merapu-rapu bagi menghilangkan kebosanan JLB.  Untuk acara kemuncak, kami diarahkan change parade (menukar pakaian) dengan berpakaian baju loreng.  Dalam masa 5 minit semua patut dah sampai di padang roll call.  Ada pulak kumpulan blok yang lambat.  Apa lagi, Sjn Balen dengan berang mengarahkan kumpulan tu balik semula dan bawa tilam ke padang roll call sekali..Kekekekeke..best…

Disebabkan sehari kami telah berehat, malam tu kami eksesais…pecahkan kembali lemak2 kari daging siang tadi.  Best..best..aku memang dah agak, mesti apa sekalipun akan kena gak..hahahaha..

Akhirnya penantian kami utk acara roll call berakhir.  Pukul 2 pagi tu kami diarahkan balik blok.  Tiada sebarang pergerakan dan lampu mesti padam semuanya.  Sampai bilik, aku mula menghadap nasi lemak yang aku order siang tadi.  Sebagai makluman, ada jurulatih kami mencari side income menjual nasi lemak kepada rekrut.  Bagus cara ni, janji rezeki halal.  Kami nak mengadap masakan di mes memang dah muak.

Baru je dua suap…aku ulang dan masih aku ingat..DUA SUAP dan tengah berkunyah, siren berbunyi sekali lagi menandakan acara roll call akan dilakukan semula.  Arahan JLB.

Memang celaka kau Balen!!!  Aku nak mengadap rezeki ni!!! Memang sial dan celaka!!! Memang aku betul2 bengang dan pantang aku mcm tuuu!!!

5 comments:

  1. aiseeehh!!! bro sezaman le kite jejgn masa outing pernah terserempak kat ipoh....

    ReplyDelete
  2. best la baca pengalaman ni semua..

    ReplyDelete
  3. Aidilfitri ngm aidiladha x dpt blek raye..huhuhu

    ReplyDelete
  4. ate kalau musuh datang serang takkan nak tunggu korang abih makan, minum sirap secawan, sebut alhamdulillah dulu kot..haha..jangan marah2..usik2 sikit je..btw pengalaman writer mmg mahal. kipidap truskan menulis. Bagi galakan minat kat adik2 jadi pejuang sejati

    ReplyDelete
  5. balan ok lagi.. yg aku tk puas ati dengan sjn Rama.. Ini bru suntikan pertama... ghahaha..

    ReplyDelete