Thursday, 13 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 13)

Lupa lagi nak bagitau.  Arwah ni kami panggil dia ustaz.  Gelaran tu aku yang bagi mula-mula sehingga dikenali dan melekat hinggalah dia meninggal.  Semasa di padang roll call tu jurulatih nyamuk mula la nak buat sesi macam-macam.  Suai kenal, lawak bangang dan apa-apa saja yang boleh menghilangkan boring diaorang.  Kami kat dalam baris ni lagi la boring.  Mata memang mengantuk.  Nak tidur tak boleh sebab berdiri.  Badan yang penat tadi masih belum hilang.  Akhirnya kami disuraikan pada pukul 1 pagi.  Mengikut jadual hari kedua kami sebagai rekrut, pukul 6.30 pagi keesokannya kami akan mula membuat PT Pagi.  Selepas itu ada pula latihan kawad kaki.

Pukul 5.30 kami dah mula bangun, pergi mandi dan bersiap ke mes untuk makan.  Selepas makan, ke surau untuk solat subuh.  Selesai solat kami bersiap untuk ke padang kawad A dengan berpakaian half loreng.  Di sana adalah makanan pagi bagi geng-geng Physical Training Instructor (PTI).  Rama yang digeruni dah mula menanti.  Di padang tersebut kami semua akan memanaskan badan dengan latihan-latihan ringan yang akan jadi berat juga kalau dah kena lompat bintang (jumping jack) 10 kiraan satu sebanyak 20 kali…latihann mula!...Bila pulak masa berhenti tak serentak, kena ulang balik.  Sepanjang ingatan 6 bulan tu, rasanya aku dah buat berbelas ribu kali kat STU ni…huhuhu…

Selepas badan dah panas, para PTI akan mula memilih mengambil blok yang disukai.  Kalau tak bernasib baik dapat kat Rama memang makan tak habis.  Seksaannya semua kategori A.  Rama ni pulak suka ambil blok yang berbaris di belakang-belakang.  Kelebihan duduk bahagian belakang ni senang nak mengencing sebab pagi-pagi yang baru nak cerah tu mata PTI agak rabun ayam..hehehehe.  So, blok mana yang lambat melapor pagi tu memang la dalam ketakutan.  Hari kedua tu, ada juga rekrut yang keras kepala.  Nak melawan konon, tapi geng-geng PTI dengan segera mematahkan cubaan menderhaka tu dengan mengecop tapak kasut saiz 12 (Rama punyer kasut saiz ni..hehehehe)…

Hukuman tersebut sengaja dilakukan di hadapan kami sebagai pengajaran.  Memang banyak kes body touching, tapi kami relakan demi semangat untuk menghabiskan latihan.  Yang paling pelik dan musykil, sesamseng-samseng rekrut tu masa awam dulu, tak pernah pun bertumbuk dengan jurulatih.  Entah kenapa la…sorang pun tak berani nak ajak bertumbuk..hehehhe..Mungkin kat STU ni dah dipagari segala ilmu ni…pendapat ikhlas aku la…

11 comments:

  1. seronok juga baca cerita askar ni.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam =) harap dapat sambung \(^_^)/ minat nak tau pengalam dalam TUDM

    ReplyDelete
  4. Thanks kerana komen sahabat...buat masa ni sy terlalu sibuk mengadap kerja..InsyaAllah, nnti ada masa terluang sy akan menulis semula..PASti akan ada sambungan!!!

    ReplyDelete
  5. mmg best..nanti kalo free update la lg..best bca pengalaman nk jd tudm ni...

    ReplyDelete
  6. Dah mula free sikit ni..teruskan membaca kengkawan..hehehe..tq

    ReplyDelete
  7. best2... teringat zaman sy mudo2 kat ulu kinta...

    ReplyDelete
  8. Aktif lgi ke block ni ? 2011 waktu saya di form3.huhu..tpi cerita nye menarik,sgt menarik ��

    ReplyDelete
  9. BILA BACA STORY TENTANG REKRUIT NI SERONOK PUN ADA . SAYA BARU BUAT PERMOHONAN UNTUK MASUK TUDM BAGI TAHUN 2016 . TERINGIN MASUK . HARAP ADA REZEKI .

    ReplyDelete
  10. assalam bro. boleh kawan copy & share pengalaman saudara?

    ReplyDelete