Thursday 13 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 12)

Petang lepas makan kami ke surau.  Sebelum azan maghrib berkumandang, aku perhatikan ramai dah terbungkang.  Penat tengahari tadi masih belum hilang.  Seksanya hanya tuhan saja tahu.  Kesan dari sesi orentasi tadi sudah mula menunjukkan belangnya.  Habis segala otot tulang penyambung kat seluruh badan aku sakit.  Nak lipat kaki pun rasa macam dicucuk jarum peniti.  Ah, aku angkat buat sawit kat Felda dulu pun tak rasa perit macam ni.  Setakat beban 20 kilo setandan tu aku bole lagi.  Tapi kat STU ni rasa lain macam kudrat aku.  Rasa perit kat muka akibat dijemur tadi pun belum mahu hilang.

Selepas Isyak, kami balik ke bilik semula.  Perjalanan kami walaupun dekat atau jauh mesti dalam berkumpulan dan berkeadaan berkawad.  Kami dimaklumkan roll call akan diadakan semula pukul 10 malam di tempat yang sama tetapi dengan berpakaian planters orders iaitu baju kemeja putih lengan panjang, bertali leher hitam, seluar slack hitam dan kasut potong (kasut kulit hitam bertali).  Sampai di bilik aku mula memasak air untuk bekalan air sejuk.  Kami hanya mampu bersembang dan membuat lawak sesame sendiri kerana pada ketika itu langsung tiada sebarang hiburan atau sumber berita yang kami boleh terima.  Sebagai makluman, tiga bulan kami di sana dalam keadaan buta berita baik dari segi radio atau surat khabar.  Nak telefon mak bapak pun kena curi-curi.  Dari segi apa yang aku perhatikan, rekrut sekarang sudah banyak keselesaan.  Bilik pun dah duduk berdua.  Zaman tu lagi mana la mampu nak beli henset…sim pack pun berharga ratusan ringgit sekeping.  Tak macam sekarang.  RM 5 jer dah boleh dapat!  Cilakak betul…Sampai sekarang aku tak halalkan duit aku yg pernah terbeli sim pack berharga RM250.  Huh..kena tipu kaw-kaw masa tahun 2000 dulu…kekekekekekeke.

Tepat jam 10 malam siren berbunyi.  Kami berbaris di padang roll call.  Selesai saja upacara melapor kekuatan blok, jurulatih-jurulatih nyamuk dah mula datang.  Ramai pulak berkumpul malam ni.  Buat apa la duduk sini ramai-ramai, kat rumah kan bagus boleh main ngan anak bini.  Bagi mereda atau menyejukkan para jurulatih, blok utama aku iaitu blok 67 telah melantik seorang tukang bancuh air.  Kat sini aku nak dedikasikan sedikit memori untuk beliau.  Beliau kini telah arwah setelah pesawat Nuri yang dinaikinya terhempas di Genting Sempah beberapa tahun lalu.  Kesemua jenazah dijumpai dalam keadaan yang amat menyayat hati di mana semuanya telah kembung dan dimakan ulat.  Untuk pembaca blog ini yang beragama Islam, marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-fatihah untuk Allahyarham Reduan dan semua mangsa yang terlibat dalam tragedy tersebut.  Al-Fatihah.

Arwah seorang yang baik.  Aku mula kenal beliau semasa proses temuduga akhir dua minggu dulu.  Kami satu blok iaitu blok 57.  Arwah juga seorang yang taat pada agama.  Semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan semua mangsa - amin.  Ok.  Arwah adalah seorang pembancuh air kopi terbaik pernah dihasilkan oleh skot kami..huhuhu…Sepanjang tugas beliau di STU, banyak jurulatih dating hanya nak minum kopi…Kekekekeke….

1 comment:

  1. Hai, assalamualaikum, saya tertarik dgn blog awak. Btw saya salah seorang calon akhir tudm siri 63. Boleh ke saya nak tahu pengalaman awak lebih detail dalam ujian iq, apa soalan dia. Sebab esok saya akan menjalani ujian iq tersebut. Mohon awak perasan dan reply email saya asap. 🙏

    ReplyDelete