Saturday 8 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 7)


Kami berjalan sebaris menuju ke blok baru....Beban beg kutanggung dengan susah payah.  Tiga beg besar yang aku bawa tu agak menyusahkan.  Parking beg, kami diarahkan berbaris di hadapan blok.  Ketika ni Kpl Mizi bersama 'pembantunya' Sarjan Azhar Lambung memulakan ucapan alu-aluan.  '' Assalamualaikum..Saya Kpl Mizi dan ini Sjn Azhar''  Walaupun Sjn Azhar adalah senior rank dan sepatutnya dia menjadi in charge blok, tapi atas arahan CO (Commanding Officer), kerana beliau masih baru menjadi jurulatih, maka saya yang berkuasa sepenuhnya sambil beliau adalah 'penasihat' saya! .  Katanya garau.  Kulihat  Sjn Azhar tersengih macam kerang sambil keningnya dan dahinya dikerutkan.  Bajet muka garang la tu.  '' Mulai hari ni, saya adalah in charge blok 58 ni dan juga jurulatih kamu, apa-apa hal saya yang akan bertanggungjawab!  Arahan pertama dari saya, saya nak tau sapa kat sini yang pernah masuk persatuan pengakap ke, kadet bomba ke..sila keluar di hadapan!  Serunya tegas.  Kami masing-masing terdiam. Dalam hati aku dah agak, mesti ada yang tak kena.  Namun member sebelah cakap sambil berbisik kat aku, baik keluar sebab katanya latihan mungkin akan ringan sedikit kalau kita dah ada pengalaman.

Melihat takder seorang pun yang keluar, Kpl Mizi bagitau sapa yang keluar akan dapat pelbagai keistimewaan.   Rupa-rupanya ada yang berani menyahut cabaran. 6 orang dari kami melangkah keluar.  Aku secara peribadi mengucapkan tahniah dalam hati...hahahaha...jap lagi kau kena...6 orang tadi berbaris di hadapan kami. Kpl Mizi suruh diaorang menjerit.  Dan akhirnya seorang penjerit yang terkuat dan harmoni suaranya disuruh berdiri di depan kami dan lagi 5 orang tadi disuruh masuk semula dalam barisan.  ''Bagus, nama hang sapa? Tanya Kpl Mizi kat insan bertuah tu.'' Nama saya Jamil bin ...... tuan!.  Kata Jamil tertakut-takut.  ''Bodoh!!! Aku bukan tuan hang!! Aku Koperal jer, paham tak bakal cengkrut (rekrut)''?!!! ''Paham koperal!!!;;.  Jerit Jamil bersemangat!...Sjn Azhar Lambung sejak tadi aku tengok mundar mandir dalam barisan kami..Ntah apa yang dia cari...Sambil-sambil tu dia dengan suara garang bertanya itu ini...asal mana, bapak kerja apa dan soalan-soalan merapu lain sambil ingin menunjukkan yang dia hebat kat Sekolah tu...''Aku tak tau macamana, korang masuk blok ni dan cari/pilih capui (katil) masing-masing!!!  Cepat lahhhhhhhhhhhhhh''!!!  tiba-tiba saja Sjn Azhar bertempik!!!

Mulai hari tersebut Jamil adalah squad leader kami.  Apa-apa hal jurulatih akan berhubung dengan dia dan arahan dari dia adalah arahan dari jurulatih.  Baru aku tau, Jamil dulu merupakan kadet polis yang cemerlang di sekolah.  Ciri-ciri kepimpinannya memang menyerlah.  Aku mendapatkan katil berhampiran pintu masuk.  Fikir aku, kalau apa-apa senang nak bertindak.  Capui kami double decker dan aku dapat katil bawah.  Kehidupan kami sebagai rekrut belum bermula secara sepenuhnya.  Kami masih di bawah pentadbiran 'Anggota B'.  Aku dengar cerita dari tulisan dan warkah yang ditinggalkan oleh rekrut-rekrut lepas kat bawah katil, dalam loker, lepas angkat sumpah baru kami bergelar seorang Rekrut Udara....Geli hati aku tengok katil atas aku di bawahnya terconteng TUDM - Tempat Untuk Dara Merindu, ASKAR - Azab Sengsara Kau Akan Rasa.



9 comments:

  1. Bagus saudara. Suka baca kisah saudara.

    ReplyDelete
  2. hehe..lawak2...geli hati..btw..bf sy pun tudm jgk..at least dpt la tau dia mcm mna dia latihan dlu..

    ReplyDelete
  3. Dia intake berapa cik zira? rasanya tak sezaman ngan saya kot....ntah2 skot adik saya pengambilan tahun 2007..heheheh

    ReplyDelete
  4. kalo xslah tahun 2010 mcm tu la kot...hehe..bru lg la...

    ReplyDelete
  5. salam, test fizikal mcm mna ye?pe kna wat?

    ReplyDelete
  6. esok nk usik cik abg sy sal medical cek tu.. geli aty sy baca smpai gelak2.. cik abg sy pon tudm gak.. rupanya camni la ea dugaan yg dea tempoh dlu..

    ReplyDelete
  7. Tudm ,, inilah cita2 ku dri kcil lg .

    ReplyDelete
  8. mental aku tak berapa kuat..aku jenis yang tak suka cari pasal...aku lebih suka cari kawan yg baik2..yg bukan cpt marah dan bukan suka gaduh2......mmg mental aku tak kuat......tapi yg peliknya, aku suka kerja kasar2....aku memang buat aktiviti dan kerja kasar2......sebab tu aku berminat jadi askar...mmg cita-cita dari kecik........tapi tu lah pasal...mental ni tak berapa kuat....orang marah aku, aku boleh tahan,,aku boleh sabar,,,cuma aku TAK BOLEH LAWAN BALIK..tu lah masalah aku...aku tak berani lawan balik...kecuali kalau tahap marah aku ni mencapai tahap maksimum, memang aku berani marah..tak kisah dia tu sape...aku seolah-olah tak boleh nak bergaul dgn orang...kalau kerja sebelum2 ni, aku lebih suka kerja sorang2 berbanding kerja dgn manusia.....macam mana ek? adakah orang macam aku ni diterima masuk TUDM?

    ReplyDelete