Thursday 6 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 6)

Hari ke-9 aku disahkan dapat menjalani latihan rekrut.  Berdebar kemain bro...Balik dari dewan tu aku bergegas ke public phone, call mak aku dan cerita aku dah berjaya.  Dari gaya percakap ku tahu mak amat bersyukur sangat-sangat.  Serba sedikit nasihat dan sokongan moral berjaya aku perolehi dari insan yang amat aku sayang!  Terima kasih mak.  Anakmu ini akan buktikan kemampuannya.  Lepas telefon, aku balik blok penginapan.  Dah ramai dalam blok.  Ada yang sedang packing barang sebab tak lulus dan diikutkan, mereka yang gagal akan dihantar pulang petang tu juga ke stesen bas (Medan Kid).  Dibekalkan waran perjalanan untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan sedikit pengalaman berguna untuk bercerita ke anak cucu...hehehehe.

Pukul 2 petang, kami berkumpul semula dalam dewan.  Ada sedikit taklimat apa ntah aku dah lupa....Dan petang tu, mereka-mereka yang gagal dah menaiki bas.  Kami beramai-ramai membuat penghormatan terakhir (send off) .  Ada yang dalam bas tu menangis-nangis dan menjerit takkan putus asa dan akan cuba lagi.  Ntah betul ke tidak, aku dah tak jumpa lagi diaorg selepas tu...huhu....Kami diarahkan balik ke blok semula.  Arahan terbaru, kami diarahkan packing barang kerana kami akan dipecahkan kumpulan lagi.  Lepas packing semua barang, kami berkumpul dan berbaris mengikut negeri masing-masing kat padang kawad A.  Kami dibahagikan blok semula setelah diasingkan dari barisan negeri tersebut mengikut Flait...Setiap Flait ada 3 blok penginapan.  Flat Alpha ada blok iaitu blok 57, 59 dan 60.  Flait Bravo ada blok 65, 66 dan 67 dan Flait Charlie ada blok 68, 69 dan 70.  Aku dapat blok yang special sikit sebab kumpulan aku adalah kumpulan terakhir yang tertinggal setelah pembahagian blok.  Kami seramai 40 orang dapat blok penginapan 58 tetapi setiap antara kami menganggotai Flait-flait utama.  Macam aku, aku dapat Flait Bravo blok 67 tetapi buddy sebelah aku Flait Alpha blok 59.  Blok kami dinamakan blok ad hoc...Special...hehehehe...Situasi kami sepertimana yang rekrut wanita dibahagikan.  Rekrut wanita diasingkan dalam blok khas, siap berpagar.  tetapi bila ada latihan, rekrut wanita ni akan mengikuti latihan bersama flait dan blok masing-masing.

Dah dapat blok, kami diperkenalkan dengan in charge blok.  Koperal Mizi nama dia.  Orangnya kurus tapi misai tebal.  Suara mcm petir tak padan dengan badan...Arahan  pertama,  ''Keluarkan segala benda-benda tajam dari beg hangpa!!!  Dan semua rokok serta lighter kumpulkan kat depan.  Semua buat!!!  Kalau aku jumpa sapa tak buang memang NAHAS!!!  Aduhhh...camner ni...benda lain takper, tapi bab rokok tu yg aku takleh terima...Tapi aku ada sikit idea bernas, rokok ngan lighter aku simpan dalam underwear...punyer la besar, dunhill 20 pulak tu....rasa tak selesa...tapi nak buat mcmana..nak survive kan...huhu...



1 comment:

  1. Assalammualaikum. Tuan. Saya nk tanya
    Kalau askar perempuan ada ke buat ragging atau latihan pacak kepala?

    ReplyDelete