Sunday, 9 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 8)

Malam kami dapat blok baru, kami diajar cara pasang kelambu, layout katil dan pelbagai serba sedikit ilmu awal.  Kami diberi penerangan apabila latihan kami bermula selepas acara angkat sumpah, kami akan terikat dengan akta dan larangan yang dikeluarkan oleh pihak Sekolah.  Antara yang paling penting ialah kami diharamkan untuk menghisap rokok dan melalakukan kesalahan seperti yang termaktub.  Sebagai maklumat, rambut kami sentiasa berada dalam keadaan botak, misai dan janggut diharamkan untuk tumbuh.  Kami juga dibekalkan ilmu mengilat kasut dari kulit biasa tu sampai la berkilat hingga bole nampak taik-taik gigi.  Pakaian rasmi kami waktu tu adalah pakaian PT iaitu seluar track dan t-shirt putih.  Dua tiga hari sebelum acara angkat sumpah, kami dibekalkan dengan semua pakaian dan peralatan ketenteraan dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Terfikir aku betapa mahalnya kos untuk kerajaan melatih seorang perajurit di mana aku saja jika dihitung dari mula latihan hingga tamat latihan, kos seorang dianggarkan mencecah melebihi RM5k....fuh..kayoo..kayoo...lebih lagi kalau yang dapat tender membekal tu...wakakaka.

Selepas aktiviti menyerahkan kad pengenalan awam, pagi terakhir sebelum kami memulakan latihan rekrut kami semua berkumpul di dewan.  Menunggu untuk perasmian dan ketibaan dari seorang Brigadier Jeneral TUDM waktu itu iaitu Brig Jen Razi.  Beliau adalah Komandan Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Setar.  Sebagai makluman,  KTU ibarat abang kepada STU.  Di KTU juga para pegawai TUDM dilatih untuk menjalani latihan samaada pegawai biasa ataupun juruterbang.  Pagi tu ketibaan Brig Jen Razi adalah dengan menaiki helikopter Alouette, iaitu heli abang kepada Nuri sekarang ni.  Bentuknya kecil macam lalat.  Dulu masa zaman operasi, heli ni digunakan sebagai pengiring untuk helikopter Nuri hover sambil membuat (Combat Air Rescue) CAR.  Juga sesuai digunakan untuk tujuan tinjauan memandangkan susuk tubuhnya yang kecil.

Kami sudah siap sedia.  Tepat jam 0900, 01 Mac 2000 kami melafazkan ikrar sumpah setia kepada SPBYDP Agong dan Kerajaan Malaysia.  Selepas kami diserahkan secara rasminya kepada Sekolah Tentera Udara oleh Anggota B, pada masa ni lah kehidupan sebenar aku dan kami sebagai seorang Rekrut TUDM bermula.....Apabila kami ditinggalkan dalam dewan oleh semua tetamu kehormat tadi, serentak dengan itu segerombolan jurulatih telah masuk dan mula bertempik serta ketawa.  Antara ayat yang aku masih ingat dalam suasana kelam kabut tu...''Celaka korang cengkrut!!!  Haaa...Sekarang kami dah berkuasa!!!  hahahahahaha...kawan-kawan, lauk kita dah terhidang!!!  Mari kita makannnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Hahahahahahahahahaha.....Cepat semua balik bilik masing-masing!!!  Aku nak korang semua berkumpul kat Padang Kawad A dengan berpakaian Loreng!!!  Aku bagi masa 3 minit jerrrr!!!!!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh bawak fon x waktu rekrut?

    ReplyDelete