Monday, 3 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 1)

Hujung tahun 1998 aku memohon untuk kali pertama Pemilihan Awal Rekrut TUDM (Sekarang dipanggil Perajurit Muda) di Muadzam Shah, Pahang.  Namun aku kantoi ujian bertulis.  Aku redha kerana dah bukan rezeki aku.  Lepas tu di kampung pelbagai kerja aku lakukan untuk menambahkan pendapatan.  Pernah kerja kontrak buat sekolah bermula dari tapak kosong hingga terbinanya sekolah 3 tingkat.  Kerja di ladang membawa traktor.  Aku happy dengan kerja-kerja ni.  Dah jiwa anak FELDA, memang serasi aku rasa.  Pertengahan tahun 1999 TUDM sekali lagi membuat pengambilan.  Aku, atas desakan dan dorongan mak, mencuba untuk kali kedua.  Sebenarnya aku memang tak minat kerjaya ni pada mulanya.


Pagi nan hening, bertemankan rakan sekelas, Mohd Arman, aku pinjam motor Kriss jiran Paksu Mail...aku dan member bertolak ke bandar Kuantan untuk menghadiri sesi temuduga tersebut.  Selepas ujian bertulis, seperti biasa aku dinobatkan sebagai GAGAL.  Member aku pun sama.  Kami ketika tu rasa memang agak kecewa.


Namun, perjuangan hidup mesti diteruskan.  Macam-macam kerja kerajaan aku apply, namun satu pun tak sangkut.  SPM macam aku ni apa la yang ada.  Terasa menyesal pulak aku tak masuk ITM walaupun ada offer menarik.  Lepas kerja kontrak dan bawa traktor di FELDA , aku cuba memohon menjadi Polis FELDA (Felsco).  Nasib agak menyebelahi, aku diterima masuk kerja dan mula bekerja malam tu juga.  Aku gelak dalam hati memandangkan aku tau kerja ni tak banyak belia yang mencuba.  Malam yang dijanjikan tiba, pukul 11 aku mulakan syif.  Tetapi?  Hahahahahahahaha...Aku tak pergi pun...Kesian kat brader yang syif sorang diri malam tu.  Maaf la, aku tak sengaja...lagipun kerja ni bukan 'taste' aku.  Aku mintak pun atas rasa hormat terhadap mak dan abah yang hari-hari membebel anak bujang sulung diaorang takde kerja tetap.


Kerja kat FELDA membuatkan aku makin lama makin boring.  Dah jemu aku ambil upah kait sawit, angkut sawit, membaja dan segalanya.  Tiap petang pulak layan bola sepak kat padang dan segala jenis sukan mengikut musim.  Pada awal Feb 2000, baru lepas balik dari memancing, mak aku dengan muka ceria tunjukkan sampul surat warna coklat.  Urusan Seri Paduka Baginda katanya.  Aku ambil sampul tu yang memang dah siap sedia dibuka.  Terkejut aku baca surat tawaran dari TUDM.  Siap bagi waren perjalanan bas lagi.  Adehhh...bala ni bala dah timpa aku.  Gila, aku bukannya suka kerja tentera ni.  Teruk aku nanti...masa tu terbayang la macam-macam cerita ngeri orang tentang kerja tentera...Apsal la diaorg hantar gak surat ni..Adehhhh....tiba-tiba mak aku cakap....''siang malam mak berdoa untuk hang dapat kerja ni''....Terpaku aku kat situ...






























  

5 comments: