Monday, 3 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 2)

Masa tu dah pertengahan Feb 2000.  Seminggu sebelum berangkat ke Sekolah Tentera Udara, Ipoh (Sekarang dikenali sebagai Institut Latihan Tentera Udara), kami sekeluarga ke bandar Kuantan.  Buat pemeriksaan x-ray dan beli barang keperluan.  Kopak gak la duit abah aku ratusan RM.  Nak buat macamana, aku memang pokai....Siap pulak kena nyaris nak kena saman ngan pakcik pulis trafik.  Tapi abah aku dengan sempoinya keluar dari Kancil merah kami dan tunjukkan kad Pengetua Sekolah Agama dia...hehehehehe..konon nak bagitau yang dia ustaz la..dan terpaksa buat pusingan U kat traffic light sebab ada 'Urusan Seri Paduka Baginda' yang terpaksa didahulukan.   Aku dan mak tergelak dengan sikap abah.  Tapi yang magicnya pakcik polis lepaskan abah macam tu jer....Syukur...kami tengok abah kembang kuncup bangga sambil menjeling kad yang tersemat kat poket baju dia tu.......


Habis shopping, sempat juga tukar waren dengan tiket bas ke Ipoh. Kami balik.  Adehhh...banyak gak benda yang kami beli tadi...Seluar trek, t-shirt, kasut, tie, baju..ahhhh..macam-macam la seperti yang dalam list surat tawaran tu.  Aku pun apa lagi..macam biasa try pakai barang-barang tu semua.  Wah...smart gak aku ni yer..selama ni aku bergelumang dengan peluh dan baju busuk bau sawit.  Aku ingat kalau Mawi tak masuk AF dan masih dok kat FELDA, dia lagi buruk dari aku kot..wakakakakaka..jahat otak aku....

Sebelum aku bertolak ke Ipoh, aku yang minat membaca ni research dulu apa-apa yang patut.  Kena ambil tau pasal askar ni.  Zaman tu mana la ada internet kat FELDA...So, aku hanya mampu beli Majalah Perajurit je la.  Dan kesempatan tu juga aku lebih banyak luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebab aku tau, kalau aku dapat kerja ni, aku kena training 6 bulan kat Ipoh.  Takleh balik kecuali kecemasan.



Hari yang ditunggu tiba.  Malam dua minggu pada penghujung Feb 2000, aku dihantar  keluarga ke Terminal Bas Kuantan.  Banyak barang aku bawak malam ni.  Ada la tiga beg.  Besar-besar pulak tu.  Ni semua kerja mak aku...mak aku ni kalau boleh dengan tong-tong gas pun dia nak suruh bawa.  Taknak anak dia susah.  Macam tu la sampai sekarang.  Kalau datang rumah aku jer, comfirm penuh bonet kereta dengan hasil kampung.  huhuhuhu..mak..mak...moga mak sembuh sepenuhnya dari stroke tu.....








1 comment: