Monday 3 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 3)

Pukul 12.30 tengah malam...Bas ekspress bergerak perlahan meninggalkan Terminal Kuantan.  Sayu aku pandang mak dan abah serta adik-adik.  Kulihat mak menyeka air mata mengiringi pemergianku..Sebak juga aku rasa...Tambahan pula 3 hari lepas family kami siap buat kenduri kesyukuran.  Jemput jiran, sanak saudara dan sahabat handai.  Maklum la, aku kalau dapat kerja ni, aku adalah anak peneroka pertama dalam FELDA aku yang sertai TUDM.  InsyaAllah mak, abah...aku cuba sebaik mungkin.  Dan yang paling aku doakan dan nekad, kalau tak dapat jadi pilot dalam TUDM pun, sedaya upaya aku nak kerja dalam pejabat yang merupakan cita-cita aku sejak kecil.  Mungkin terpengaruh dengan drama swasta dan filem melayu katanya kerja ofis kerjaya glemer..huhuhu...Dalam bas, sempat berkenalan dengan budak-budak muda sebaya aku.  Rupa-rupanya destinasi kami sama.  Semua nak mencuba nasib di Ipoh.  Tak sangka juga ada dua orang dari FELDA sebelah yang turut sama terima surat tawaran.  Dalam masa tu, teringat aku kat Mohd Arman, rakan sekelas yang gagal temuduga bersama aku hari tu.  Nak buat macamana Man, dah rezeki aku kat sini.

Bas berhenti di perhentian R&R Temerloh.  Masa tu Lebuhraya LPT belum siap.  Perjalanan dari Kuantan ke KL dan destinasi ke utara akan melalui jalan lama iaitu digelar Karak Highway.  R&R ni tepi jalan besar, memang banyak bas ekpress singgah.  Aku bersama kawan baru turun kejap beli burger dan ke tandas.  Kami walaupun baru kenal, tapi mesra kemain....Bas meneruskan perjalanan...

Hati aku resah.  Risau tentang apa yang bakal terjadi esok hari.  Macamana la rupa tempat tu.  Ah....level 'sekolah' jer tempat tu....Bukannya apapun...Lain la kalau namanya Pusat Latihan, memang teruk.  Aku cuba menyedapkan hati...Dalam pada tu juga sempat aku berangan-angan, melayang ke udara dan akhirnya terlelap...

Pukul 5 pagi, kami sampai di hadapan stesen keretapi Ipoh.  Aku turun memikul beg yang besar tu.  Kulihat ramainya budak-budak lain berkeliaran area situ.  Semuanya aku yakin nak ke Sekolah Tentera Udara.  Hampir 15 minit menunggu, akhirnya ternampak sebuah bas buruk terhoyong hayang menghampiri, kudengar kelendannya menjerit sebut 'STU..STU, Sekolah Tentera Udara..masuk..masuk'....Ha, dah sampai driver kami ni...Aku lantas mengajak kawan baru menaiki bas sebab takut nanti kena berdiri kalau penuh.  

Dalam hati berkata, bangganya aku pertama kali naik bas berlogo TUDM ni.  Nah, lihat la dunia..aku bakal menjadi warga tentera udara.  Kerjaya glamour tuuu..Nak masuk bukan pakai SRP..SAP...semuanya SPM bro...BM kena kredit pulak tu..huhuhuhu...Aku ingatkan nak ke Sekolah tu berjam-jam lagi, rupanya perjalanan hanya setengah jam jer.....Bas buruk zaman jepun TUDM tu dah makin hampir sampai ke Sekolah.  Suasana masih gelap.  Masuk jer dalam, aku dah mula rasa tak sedap hati.  Mampos aku..mampos...kenapa la aku terjebak masuk perangkap harimau ni...namun atas dasar mengenangkan keluarga dan kerjaya glamour ni, aku telan semua telahan nakal.  Aku nekad...aku cuba sehabis baik untuk mengharumkan nama keluarga dan mencerahkan masa depan diri sendiri.


Kami sampai akhirnya.  Kujejak kaki ini di Sekolah Tentera Udara.  Kami dibahagikan blok masing-masing.  Aku ingat lagi, Blok 57 namanya.  Kami dicampurkan semua lebih kurang 40 orang satu blok.  Rata-rata dari kami semua berasal dari Pantai Timur.  Majoriti dalam blok tu orang Kelantan.

Pagi masa kami sampai di blok, terdengar pengumuman untuk makan.  Kami bergegas ke Dewan Makan yang dipanggil mes.  Beratur, ambil kole dan cawan hijau.  Menu pagi tu nasi dan mee goreng.  Perrghh...sedapnya makan kat tempat askar ni.  Lepas makan, kami pulang ke blok penginapan.  Hisap rokok dan mula membuat sesi suai kenal.  Aku cepat menyesuaikan diri, mungkin sifat peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan.  Tiada kata erti 'berlaga angin' kerana sesetengah orang cakap, budak-budak Kelantan ni gedebe dan berkawan hanya dengan puak diaorang.  Tapi...dengan aku, sampai sekarang skot-skot aku ni masih respek dan menganggap aku sebahagian dari negeri diaorang..hahahahaha...bukan apa, aku ni mengamalkan prinsip tak kira siapa ko, kawan tetap kawan.  Sahabat tetap sahabat.

Pagi ni takder apa-apa aktiviti lagi.  Masih menunggu arahan selanjutnya dari petugas-petugas yang bakal kami panggil staf satu hari nanti.  Mungkin pihak diaorang sedang menunggu ketibaan bakal-bakal rekrut dari negeri lain.  Rupanya bakal rekrut dari Malaysia Timur dah seminggu awal menetap kat sini.  Patut la gemuk-gemuk korang...makan tidor jer..huhuhuh...Sepanjang hari masih tiada arahan terbaru.  Aku pun macam biasa la meneruskan aktiviti peberet......membuto.....hahahahaha..


   












 

No comments:

Post a Comment