Lupa lagi nak bagitau. Arwah ni kami panggil dia ustaz. Gelaran tu aku yang bagi mula-mula sehingga dikenali dan melekat hinggalah dia meninggal. Semasa di padang roll call tu jurulatih nyamuk mula la nak buat sesi macam-macam. Suai kenal, lawak bangang dan apa-apa saja yang boleh menghilangkan boring diaorang. Kami kat dalam baris ni lagi la boring. Mata memang mengantuk. Nak tidur tak boleh sebab berdiri. Badan yang penat tadi masih belum hilang. Akhirnya kami disuraikan pada pukul 1 pagi. Mengikut jadual hari kedua kami sebagai rekrut, pukul 6.30 pagi keesokannya kami akan mula membuat PT Pagi. Selepas itu ada pula latihan kawad kaki.
Pukul 5.30 kami dah mula bangun, pergi mandi dan bersiap ke mes untuk makan. Selepas makan, ke surau untuk solat subuh. Selesai solat kami bersiap untuk ke padang kawad A dengan berpakaian half loreng. Di sana adalah makanan pagi bagi geng-geng Physical Training Instructor (PTI). Rama yang digeruni dah mula menanti. Di padang tersebut kami semua akan memanaskan badan dengan latihan-latihan ringan yang akan jadi berat juga kalau dah kena lompat bintang (jumping jack) 10 kiraan satu sebanyak 20 kali…latihann mula!...Bila pulak masa berhenti tak serentak, kena ulang balik. Sepanjang ingatan 6 bulan tu, rasanya aku dah buat berbelas ribu kali kat STU ni…huhuhu…
Selepas badan dah panas, para PTI akan mula memilih mengambil blok yang disukai. Kalau tak bernasib baik dapat kat Rama memang makan tak habis. Seksaannya semua kategori A. Rama ni pulak suka ambil blok yang berbaris di belakang-belakang. Kelebihan duduk bahagian belakang ni senang nak mengencing sebab pagi-pagi yang baru nak cerah tu mata PTI agak rabun ayam..hehehehe. So, blok mana yang lambat melapor pagi tu memang la dalam ketakutan. Hari kedua tu, ada juga rekrut yang keras kepala. Nak melawan konon, tapi geng-geng PTI dengan segera mematahkan cubaan menderhaka tu dengan mengecop tapak kasut saiz 12 (Rama punyer kasut saiz ni..hehehehe)…
Hukuman tersebut sengaja dilakukan di hadapan kami sebagai pengajaran. Memang banyak kes body touching, tapi kami relakan demi semangat untuk menghabiskan latihan. Yang paling pelik dan musykil, sesamseng-samseng rekrut tu masa awam dulu, tak pernah pun bertumbuk dengan jurulatih. Entah kenapa la…sorang pun tak berani nak ajak bertumbuk..hehehhe..Mungkin kat STU ni dah dipagari segala ilmu ni…pendapat ikhlas aku la…