Sunday 2 October 2011

Kerjaya aku

Aku bekerjaya sebagai seorang anggota TUDM.  Mula mengangkat sumpah taat setia pada awal zaman millineum dulu.  Sekarang berpangkat 3 calitan di bahu.  Kerja aku agak senang.  Sebab aku bukan askar perang.  Kerja aku di bahagian pentadbiran.  Korang ingat kerja tadbir ni rilek ker? huh, belum cuba belum tau.  Kerja kami adalah umpama lilin yang menerangi alam gelap.  Menguruskan pentadbiran anggota dan pegawai.  Tanpa kami, pentadbiran takkan berjalan lancar.  Tanpa kami jua urusan naik pangkat, elaun bagai anggota dan pegawai lain tersangkut.  So, kami amat berbangga dengan kerjaya kami.

Kami ni sape yer? hehehehe...kami adalah anggota-anggota berketukangan Pembantu Tadbir di dalam perkhidmatan TUDM.

Dalam trade (trade adalah ketukangan/bahagian) kami, kami dianggap lembab dan kadang-kadang fuck-up..hahahaha..tu tohmahan insan-insan yang amat tidak berpuas hati dengan kerja kami.  Sebab apa? sebab ada yang ego, ada yang tahu nak cepat jer uruskan diaorg punya tanpa memikirkan yang kami ni menjaga bukan dia sorang, tapi semua peringkat pangkat di dalam sesebuah unit/pangkalan.

Kalau Tentera Darat mereka ada KPA BK iaitu Kor Perkhidmatan Am Bahagian Kerani.  Untuk Tentera Laut mereka mempunyai PNK iaitu Pentadbiran dan Gaji.

Dalam entri yang akan datang, aku akan mengulas sedikit asal usul aku bagaimana terjebak dengan kerjaya mulia seperti ni.  Dan yang paling ditunggu-tunggu minggu ni, (Bajet 2012) ialah kenaikkan gaji untuk semua kakitangan awam termasuk anggota-anggota ATM.  Sama-sama kita nantikan pengumuman yang amat bermakna ni.  Sekian.  Terima kasih.








1 comment:

  1. Perempuan banyak tak masa batch brother dalam TUDM dulu?

    ReplyDelete