Tuesday 11 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 10)

Kami berbaris dalam kumpulan blok.  Masa nak kena belasah tu, aku dengar member sebelah menjerit!  ''Kawan-kawan, apa yang jadi pun kita tetap jadi macam adik beradik!!!''..Aku paham maksud dia..Kata-kata dia memberi semangat kepada kami.  Dan dia sekarang ni pun dah jadi komando.  Respek!..Hari bahagia tersebut dipanggil orentasi pangkalan.  Sebagai info orentasi ni bermaksud untuk mengenalkan kepada rekrut tempat-tempat contohnya di mana stor senjata, pejabat tadbir, cawang kenderaan dan tempat-tempat larangan.  Sehingga kini TUDM mempraktikkan amalan tersebut di mana setiap pegawai dan anggota yang baru melapor diri ke unit baru, diwajibkan membuat 'arrival' iaitu sijil ketibaan.  Anggota akan mendapatkan borang di pejabat tadbir dan terus menuju ke lokasi seperti yang dicatatkan dalam borang untuk mendapatkan tandatangan pegawai.  Konsep ini bertujuan mengenalkan anggota di mana tempat-tempat yang bakal berurusan seperti cawang material. RSAT dan sebagainya.  Begitu juga jika bertukar keluar dari unit itu.  Borang tadi dibawa bersama tetapi namanya clearence iaitu sijil penyelesaian.  Anggota tadi akan mendapatkan tandatangan pegawai sepertimana mula-mula yang dibuat dulu.  Di samping tu juga, pentadbiran akan menjadi lebih efisyen kerana keluar dan masuk serta pergerakan anggota dapat dikawal.

Kita kembali ke STU....Kpl Mizi membawa kami dalam keadaan berkawad ke lokasi yang terpilih.  Sambil menerangkan nama tempat tersebut.  Kami tidak terhenti-henti membuat jumping jack (lompat bintang) dan segala punishment lain.  Ish..nak terang, terang la..yang bagi kami buat kerja bodoh tu buat apa...bentak aku.  Sambil tu pulak ada jurulatih lain mengawasi kami.  Sapa yang tak buat dapat la habuan side kick dan sewaktu dengannya.  Time ni susah nak mengencing.  Banyak jer mata nak mengawasi.  Penat dia tuhan saja yang tahu.  Pendek kata zaman rekrut ni adalah zaman kepenatan 24/7 di samping hati yang sentiasa cuak!!!  Kami kena tepat matahari terpacak.  Panas dia...huh....dengan tekak yang dahaga...bayangkan..tak sempat nak rilek mesti kena.  

Setelah semua tempat kami dah kenal, ingatkan sesi orentasi tu dah habis...Rupa-rupanya kami dikumpulkan sekali lagi semua di hujung padang STU berdekatan lombong.  Di padang tu kami diberi 'kuih gulung'..hahahaha..jangan terpedaya, bukan kuih tau...tu istilah side roll iaitu baring sambil mengolekkan badan dari mula ke hujung padang.  Keupayaan side roll ni adalah untuk mengeluarkan segala isi perut dan diakhiri dengan muntah hijau.  Sebelum ni aku pernah dengar istilah muntah hijau dan sekarang baru aku tau.  Majoriti rekrut keluar muntah.  Tapi aku?....heheheheh...jujur cakap sepanjang latihan aku selama 6 bulan tu, pernah keluar muntah hanya sekali jer....hehehehe...nanti aku cerita...Hampir sejam kami menggulung, akhirnya dekat pukul 1.30 orentasi kami berakhir.  Kami diarahkan pulang ke blok masing-masing untuk makan, mandi dan sembahyang dan kami diwajibkan lapor diri semula dengan berpakaian PT pada pukul 3 petang ke tempat berkumpul yang kami panggil tempat roll call.

Balik bilik semuanya senyap!..tersandar di lesu katil.  Baju dan seluar yang terlenyek muntah orang tadi aku campak ke tepi.  Memang takde tenaga nak basuh.  Masa ni dah tak ingat nak makan.  Selera pun takde.  Mujur juga ada air mineral aku simpan dalam loker.  lepas sejam tersandar dan lepas minum, aku ambil rokok yang masih selamat, cari port, dapat la berasap.  Tu pun kena berhati-hati.  Korang nak tau, nikmat hisap rokok ni adalah bila mana kita dalam keadaan ketakutan.  Rokok dihisap laju sampai abu tak sempat nak jentik!...Selesai projek, aku balik ke bilik.  Ambil baju loreng yang kotor tadi dan bawa ke bilik air, basuh.  Lepas basuh aku sidai dan bersiap semula pakai pakaian PT untuk roll call pukul 3 nanti.  Tiba-tiba aku dengar suara petir Kpl Mizi menjerit! '' Sapa yang hisap rokok dalam toilet ni?!!!!!!!!!''  Dalam bilik sunyi sepi.  Takder orang yang mengaku!...'' Celaka korang rekrut! Ni amaran terakhir! Kalau aku jumpa lagi memang nahas semua! Semua sekali aku bagi show prade!!!''. Amaran dari Kpl Mizi.  Aku yang tadi muka dah pucat takut kantoi merasa lega sedikit.  Fuh...kali ni aku kena berhati-hati.  Balance rokok aku ada lagi 15 batang...kui..kui..kui...Lupa aku nak bagitau, selepas sessi orentasi tadi, seorang rekrut dalam bilik aku terkena sawan.  Beliau dimasukkan ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera).  Dari cerita, beliau terima tekanan yang teramat sangat dan tidak sampai seminggu menjalani latihan, akhirnya beliau discharge....




1 comment:

  1. salam... you dah tak update blog? i nak tanya something. boleh tak?

    ReplyDelete