Wednesday 12 October 2011

Pengalaman Menjadi Rekrut TUDM (episod 11)

Tepat pukul 3, siren pun berbunyi menandakan masuknya waktu untuk semua rekrut berkumpul.  Pukul 3 tu matahari agak condong tapi bahangnya hanya sekelumit zarah macam gambaran api neraka.  Tempat kami roll call tu terletak di tengah-tengah kawasan lapang berdekatan blok penginapan.  Kami berbaris mengikut kumpulan blok.  Di sudut hadapan, terletak pondok jurulatih.  Sebagai info, semua jurulatih berkumpul di sini untuk membelasah rekrut setiap malam.  Siap berbaris, Jamil squad leader kami membuat pengiraan untuk kecukupan bilangan ahli blok.  Blok kami ada 40 orang.  Bila semuanya cukup, barulah si Jamil dan squad leader-squad leader blok lain akan melapor di hadapan Squad Leader Keseluruhan iaitu wakil kami semua.  Kami panggil dia Abe.   Abe akan mencatat jumlah keseluruhan dalam bukunya dan melapor kekuatan kami kepada jurulatih yang bertugas (JLB) hari tu.  Kebiasaannya JLB adalah berpangkat Sarjan. 

JLB hari tu adalah Sjn Azhar Udang.  Jangan silap, kat sini ada dua org Sarjan bernama Azhar Lambung (Penasihat Blok kami) dan Azhar Udang.  Sjn Azhar Udang ni memang sempoi dan kalau nak tau, masa aku tamat latihan, kami dan aku pun menangis sbb berpisah dengan beliau…huhuhu..kami dah anggap beliau sebagai bapa susah dan senang kami kat STU ni…Masa awal-awal ni kami tak kenal lagi dia..ok, bila semuanya telah cukup, kami mendapat taklimat ringkas dari JLB.  Pada hari pertama tu  kami belum menerima arahan apa-apa lagi dari pihak pengurusan sekolah.  Selalunya kalau berkumpul waktu petang ni, kami akan dikerahkan membuat fitik iaitu tugas buruh paksa aka jiwa murni..hehehehe…pihak pengurusan akan memohon bantuan dari JLB untuk bersihkan kawasan ke, tolong tukang masak mes ke atau apa-apa saja arahan kerana rekrut-rekrut ni sentiasa berkhidmat untuk tuan-tuan sekalian..hahahahaha.

Perhimpunan kami haritu disuraikan agak awal iaitu hampir pukul 5 petang. Huhuhu…Maklum la, JLB ni sorang, tetapi ‘nyamuk-nyamuk’ lain iaitu jurulatih menyibuk bukan main banyak la…nak buat sesi berkenalan la..apa la..dah la kami terik dan dah rentung tengah panas…cinabeng!!!  Habis sesi berkumpul tu, kami dapat balik bilik.  Oh ya, arahan seterusnya nanti adalah berkumpul di hadapan blok kami iaitu atas jalanraya dengan berpakaian baju melayu lengkap termasuk sampin dan kasut kulit untuk makan malam di mes seterusnya menunaikan solat maghrib di surau.

Sampai di bilik kami membuat pentadbiran sendiri.  Ada yang basuh baju, mandi dan buat apa yang patut.  Malah ada yang masih buat bodo, termenung sebab masih tak percaya masuk askar…hahahahaha…Aku? Huh…aku memasang strategi dan mencari port baru untuk kegiatan menghisap rokok aku tu..hahahaha…stok banyak lagi beb, rugi kalau masuk angin…Cuma yang paling aku risau kalau rokok dah habis…mcmana la yer…sangap la aku…Untuk mengelakkan dunhill aku dikesan jurulatih, banyak tempat aku simpan.  Celah baju, tiang katil besi, dalam tilam dan macam2 la tempat strategik lain…


1 comment:

  1. seronok baca entri u... baru sempat baca 3 entri. will continue... u buat apa sekarang ni? masih dalam tentera?

    ReplyDelete